in ,

Gambar Kahwin Ayu Raudhah Zaquan Adha

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Ayu Raudhah Kahwin

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ayu Raudhah Kahwin

Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.

Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

“Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini,” kata Ayu.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.

ayu raudhah kahwin

ayu raudhah kahwin

“Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.

Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.

“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa,” tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.

Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.

Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.

Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional. – kredit Mstar Online

kredit gambar: MASHELMY NIZAR MASTOR
Co-Founder / Photographer
Piccalasso Studio
Wedding, Event and Commercial Photography
Web: http://www.piccalasso.com
MP: +60174710505

Ayu Raudhah Kahwin

Ayu Raudhah Kahwin

Ayu Raudhah Kahwin

Ayu Raudhah Kahwin

Ayu Raudhah Kahwin

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. salam..slamat pngantin baru..smoga berbahagia sehingga ke akhir hanyat…smoga berkekalan slama-lama nye..

  2. Selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke akhir hayat kalian..renungilah..pjalanan hidup kita pasti akan diselangseli antara bahagia & derita..jangan kita lalai & alpa dgn segala kurniaan bahagia d kala ini..perlulah sentiasa bersyukur kerana tatkala derita yg datang tanpa kita terduga apatah lagi mengundangnya……

  3. buat AR&ZA..d saat dirimu sedg di ulit bahagia ni..jgan lupa diri dek bahana pujian dr keluarga baru..restu memang perlu tp yg pasti tiada manusia yg inginkan perkahwinan yg tidak d restu.. bezanya cara warna pd lakaran khidupan manusia itu tak sama..siapalah kita untk mpertikaikan kenapa ianya tidak d restu..yg pasti ketentuan Maha Esa dlm mengatur susur alur pasti ada bersebab dan hikmahnya yg tiada siapa dpt mjangka mahupun mduga apatah lagi mhalangnya..namun perisian dlm meniti pjalanan hidup telah termaktub d luh mahfuz..bsyukurlah kerana dirimu antara hamba yg di izinkanNya menikmati kebahagiaan ini bagi permulaan alunan dlm menyelusuri hidup brumahtanggga..hormatilah perasaan2 disekelilingmu itu..

  4. sbg suami dia prlu mmbmbng c istri mnjlni hdp ke arah yg diredhaiNya…kcntkn yg ada pd c istri bkn untk tntonn umm… suami prlu tahu akn hal ini demi mraih khdpn alm brmhtngga yg dibrktiNya dunia akhirat.

  5. smoga mahligai yg d bina berkekelan hingga akhir hayat…!!!sweet ayu time akad nikah wajah bercahaya n senyuman yg memukau…

  6. i m a bigest fan of u ayu…i m so happy that u already married.harap cepat2 dapat anak yang comel n cantik mcm ayu.love u n wish u n ur hubby a very good luck n bahagia sampai ke anak cucu cicit…….

  7. assalamualaikum…………pertama skali ingin mngucapkan tahniah kpd ayu dan suami…………smoga bahgia sentiasa….jdilah isteri yg solehah untuk suami……..

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Gemilang Bakal Kalahkan Nur Kasih

Trivia: Pelakon Mana Yang Makan Kat LCCT