in ,

Drama Fringe di NTV7

Yang misteri, pelik malah yang menggerunkan diketengahkan dalam drama berunsur cereka sains bertajuk Fringe. Siri yang dikatakan mempunyai jalan cerita seiras siri “Lost”, “Twilight Zone” dan “X-Files” bakal menjadi drama pilihan ramai pada waktu perdana malam Sabtu di ntv7 selepas stesen itu memperoleh hak tayangan perdana siri drama AS yang popular itu.

Drama bersiri 22 episod dari studio Warner Brothers ini akan ke udara di Saluran Ceria Anda pada Sabtu, 8.30 malam hingga 9.30 malam bermula 2hb Januari 2010.

4264515773 626868A722 O | 4

 

Hasil cetusan idea JJ Abrams yang terkenal dengan siri “Lost” dan terbitan bersama Alex Kurtzman dan Roberto Orci, Fringe mengikuti pengalaman pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) divisyen pinggiran yang berpangkalan di Boston, Masachusetts ketika bertugas.

Pasukan yang bernaung di bawah unit Keselamatan Dalam Negeri, menggunakan kaedah sains “Fringe” yang tidak ortodoks dan teknik risikan FBI untuk mendalami “the Pattern”, satu siri kejadian misteri dan mengerikan yang tidak diketahui puncanya yang berlaku di seluruh dunia.

Episod perintis drama ini bermula dengan persemukaan agen-agen FBI Olivia Dunham dan Peter Bishop dengan fenomena berunsur ancaman yang merebak dengan cepat. Dalam percubaan untuk menghentikan penyebaran ancaman tersebut, mereka mendapatkan bantuan ayah Bishop, saintis bernama Dr Walter Bishop yang berada dibawah kawalan hospital mental. Perhubungan Peter dengan ayahnya telah lama renggang.

Joshua Jackson (terkenal dengan lakonannya di Dawson Creek) memegang peranan Peter Bishop, seorang yang pintar tapi mempunyai banyak hutang perjudian. Anna Torv (The Secret Life of Us) memegang watak Olivia Dunham, seorang agen FBI muda dan tahan lasak yang terpaksa menghadapi fenomena berunsur ancaman yang penuh misteri.

Turut serta menjayakan siri ini dengan memegang watak agen FBI adalah Kirk Acevedo dari The Black Donnelly dan Mark Valley dari Boston Legal. John Noble (The Lord of the Rings: The Return of the King) dan Lance Reddick (The Wire) turut termasuk dalam barisan pelakon mantap drama ini: Noble sebagai Dr Walter Bishop dan Reddick sebagai Phillip Broyles, seorang ejen khas Keselamatan Dalam Negeri dan ketua bahagian Fringe yang menyiasat pengganas dan peristiwa-peristiwa paranormal.

Episod perintis drama ini ditonton 9.13 juta orang di Amerika Syarikat, mencatatkan Rating Nielsen 3.2/9 untuk orang-orang dewasa berumur 18-49, dengan rating yang semakin meningkat untuk episod yang berikutnya. Rating meningkat secara mendadak untuk episod kedua, “The Same Old Story”, mencatatkan jumlah penonton sebanyak 13.27 juta, membuatkan siri itu menduduki tangga kelima antara drama yang paling ditonton dalam minggu itu. Pada Oktober 2008, siri Fringe mencapai tempat pertama antara drama baru dalam demografi penonton berumur 18-49. Siri ini turut diterima baik oleh pengkritik dan musim kedua kini tengah hangat disiarkan di AS.

4264515917 9A7C3B30Aa O | 5

Barry Garron di Hollywood Reporter berpendapat siri ini menarik kerana “ia mengimbas kembali daya tarikan antara lelaki dan wanita”. Robert Bianco, USA Today, berkata,”Abrams membawa kepada Fringe hasil sentuh seorang pengarah untuk plot dan rentak, keghairahan seorang peminat dalam genre cereka sains, dan bakat seorang penglipur lara dalam menghidupkan jalan cerita yang tidak munasabah dengan watak-watak penuh emosi dan realistik.”

Manakala Tim Goodman,San Francisco Chronicle, berpendapat bahawa siri ini “,menampakkan cita-cita tinggi”, dan Misha Davenport dari Chicago Sun-Times berkata ia satu “versi terbaru ‘The X-Files’ dengan penambahan unsur pengganas dan jabatan Keselamatan Dalam Negeri.”

Siri yang berbekalkan semua elemen yang unik dan hebat ini semestinya akan menarik penonton untuk menyaksikan Fringe di ntv7 setiap Sabtu, 8.30 malam bermula 2hb Januari 2010.

4265266640 2723Bf7169 O | 6

4264516169 F32094D683 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fesyen Seksi Buka Dada Betty Benafe di AJL24

Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD