in

Drama Doa Orang Jauh Lakonan Lisdawati, Nasir Bilal Khan

DRAMA DOA ORANG JAUH, PAPAR KISAH BALASAN ORANG YANG TAMAK DI TV1

Sikap tamak dan kedekut seringkali dikaitkan dengan individu yang berharta namun enggan berbuat baik menghulurkan bantuan kepada yang berhak. Begitu pun ia sebenarnya menguji sikap sejauh mana seseorang itu mampu berdepan dengan amanah yang diberikan tuhan kepadanya.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sebelum ini banyak menyiarkan drama-drama berunsur nasihat penuh pengajaran kepada penonton setia salurannya bakal menghidangkan sebuah drama arahan Nurhalim Ismail bertajuk Doa Orang Jauh mengisi slot Nurani pada 12 Mac 2010 (Jumaat), jam 10.30 pagi di TV1.

4414110340 23Ce5C72B6 O | 4

Membariskan pelakon-pelakon yang semenangnya dikenali ramai termasuklah Ahmad Tarmimi Siregar, Dian P.Ramlee, Noor Sheila Abd Wahab, Lisdawati, Nasir Bilal Khan dan Aliza Shahadan, drama ini berlegar kisah manusia mementingkan harta duniawi sehingga Khalifah di bumi Allah s.w.t. Tuan Wajdi dengan sikap tamak dan kedekut menyebabkan ramai orang teraniaya. Sehinggakan Saiful dan orang kanannya berhenti kerja kerana tidak tahan sikap Tuan Wajdi yang mementingkan dirinya sendiri.

Beliau juga sanggup melukakan hati isterinya, Aishah yang setia padanya dan Ameera, dia telah berkahwin dengan Kartika yang hanya mengikis harta Tuan Wajdi. Begitu juga dengan pemandunya Maniam ketika dalam kesusahan,Tuan Wajdi tiada belas kasihan dan simpati sehingga dia meletakkan jawatan.

Ameera pula menjadi mangsa sikap ayahnya yang terlalu memilih pangkat dan darjat untuk pasangan hidupnya sendiri. Ini membuatkan Ameera dan Hambali begitu kecewa, namun Aishah banyak menasihati supaya sentiasa berdoa dan jangan putus berdoa.

Tidak cukup dengan itu Tuan Wajdi sanggup menganiayai adiknya, Wahid dengan membuat perhitungan mengenai harta pusaka peninggalan arwah ayahnya.Wahid dan Eton sangat kecewa dengan tindakan abang mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Pada satu hari Tuan Wajdi telah jatuh sakit kerana demam panas dan koma. Dia didatangi pelbagai igauan pembalasan diatas sikapnya. Apakah mimpi-mimpi yang menghantui Tuan Wajdi itu mampu menginsafkannya? Adakah dia mampu berdepan dengan balasan yang bakal diterimanya atas tindakannya yang keterlaluan sebelum itu?

Untuk mengetahui kesudahan drama sarat pengajaran berguna untuk seisi keluarga ini, usah ketinggalan menyaksikan Doa Orang Jauh pada 12 Mac 2010 (Jumaat), jam 10.30 pagi di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peserta Wanita Kuasai Bintang Ai-Minnal 1Malaysia

Desperate Housewives Musim 6