in ,

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri GERAK KHAS 2016

“Gerak Khas 2016” Tonjol banyak lagi Idea Menarik dan Konflik Diilhamkan Bagi Kepuasan Penonton TV2 Mulai 4 Mac Ini di TV2

Selama lebih 15 tahun bersiaran menemui penonton, drama bersiri kepolisian dengan jenama Gerak Khas melangkah ke musim baharu dengan menampilkan banyak lagi cetusan isu dan konflik yang menarik khusus untuk tatapan penonton setia menerusi tayangan “Gerak Khas 2016”.

Pelbagai peristiwa-peristiwa menarik akan dikupas selain isu dalaman keluarga polis bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Di samping itu, Gerak Khas 2016 menonjolkan banyak lagi idea-idea menarik dan konflik yang diilhamkan bagi kepuasan penonton setia TV2 mulai 4 Mac ini, setiap Jumaat, pukul 9.05 malam.

Gerak Khas 2016

26 episod siri ini berkembang dengan plot kemasukan dua pegawai baharu dalam unit Gerak Khas iaitu Insp. Haikal dan Insp. Syakila untuk bersama-sama memantapkan lagi unit Gerak Khas dalam menangani pelbagai kes yang dihadapi.

Dua pegawai ini mempunyai karektor yang amat berbeza. Insp. Haikal, seorang yang agak tinggi sifat egonya dan berperwatakan serius dalam segala hal. Beliau sering menunjukkan sikap untuk bersaing dengan Insp. Syakila dalam menjalankan tugasan.

Manakala Insp. Syakila adalah seorang yang mudah mesra dengan rakan sejawatnya dalam unit Gerak Khas. Akan tetapi beliau amat tegas dan serius ketika dalam tugasan malah kadangkala sikapnya itu membuatkan rakan sejawatnya berasa agak janggal dengan watak sebenar dirinya.

Insp. Syakila mempunyai kelebihan bakat di mana dia berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa lain seperti Tamil, Mandarin dan Urdu. Kelebihan yang ada pada Insp. Syakila ini turut memudahkan unit Gerak Khas untuk menangani kes-kes yang memerlukan kepakaran dalam bahasa-bahasa tersebut.

Dalam pada itu, Insp. Syakila dilihat begitu mesra dan sering bergurau senda dengan pegawai atasannya, Supt. Jefri. Ini menyebabkan Insp. Tisya mula cemburu melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh Insp. Syakila terhadap Supt. Jefri. Insp. Tisya seolah-olah menyimpan dendam terhadap Insp. Syakila kerana sebelum Insp. Syakila diserapkan ke dalam unit Gerak Khas dia memang sudah lama menaruh perasaan terhadap Supt. Jefri tetapi tidak dibalas.

Skop Productions menerusi Gerak Khas 2016 ini berkongsi hasil karya dan arahan pengarah berpengalaman dalam bidang kepolisan, Datuk Yusof Haslam dengan gandingan pengarah bersama yang berbakat, Syamsul Yusof, Aziz M. Osman, Faizal Yusof , C Kumaresan dan Majed Salleh.

Saksikan lakonan mantap pelakon-pelakon yang tidak asing dalam industri seni tanah air seperti Fattah Amin, Raja Ilya, Syamsul Yusof, Salina Saibi, C Kumaresan, Saiful Nizen Ayob, Tisha Shamsir, Mas Khan, Zabri Ibrahim dan Deen Maidin.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Gerak Khas 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Travelers 2016 Trip Decisions

Tips & Petua Penawar Penyakit GOUT