in

Drama Bersiri Friday I’m In Love

Jatuh cinta pada hari Jumaat… Putus cinta pada hari Khamis… Kembali jatuh cinta pada hari Jumaat, dan sekali lagi cinta berakhir pada hari Khamis. Bayangkan jika hidup anda dibelenggu dengan dilema ini dan tiada apa yang dapat anda lakukan untuk menghentikannya?

Seakan-akan hidup di alam fantasi, namun inilah realiti kehidupan Awang, seorang remaja ulat buku yang tidak kenal erti cinta, sehinggalah detik ulang tahun ke 21, cinta pula datang menghantuinya… setiap minggu! Inilah intipati dan konsep kreatif drama bersiri terbaru, Friday I’m In Love yang akan mula bersiaran pada 19 April ini, setiap Khamis, 8.30 malam melalui slot Aurora di stesen televisyen nombor dua negara, TV9 (Saluran 119).

Drama Bersiri Friday I’m In Love

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, “Friday I’m In Love merupakan idea asal yang diilhamkan berdasarkan konsep kreatif unik hasil daripada sesi ’brainstorming’ kami. Jalan ceritanya yang ringkas dan bersahaja pastinya akan mendapat tempat di hati penonton sasaran slot Aurora iaitu generasi muda dan masyarakat bandar yang inginkan kandungan program yang relevan dengan kehidupan hari-hari mereka. Lebih-lebih lagi dengan barisan pelakon-pelakon muda berbakat besar dan corak drama yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga penuh dengan nilai-nilai persahabatan, kasih sayang dan kekeluargaan.”

Drama bersiri 13 episod yang diterajui oleh Qushairi Razali (Qi) sebagai Awang turut memberi peluang kepada pelakon-pelakon muda dan nama-nama baru untuk mengekspresikan bakat mereka. Mereka adalah Nellydia Senrose, Ryzal Jaafar, Aiman Mentor, Zoey Rahman, Bella Dally yang melakonkan watak sahabat-sahabat Awang. Penampilan istimewa pelakon-pelakon wanita popular Malaysia seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda, Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang pastinya akan lebih menghangatkan lagi drama ini.

Friday I’m In Love mengisahkan tentang Awang (Qi Razali), seorang remaja yang juga merupakan seorang pembantu kepada sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana (Bella Dally), Nisha (Nellydia Senrose), Pitt (Zoey Rahman), Jo (Aiman Mentor) dan Hansem (Ryzal Jaafar). Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada hari Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba juga Awang cuba sedaya-upaya untuk berkenalan dengan dia. Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang telah jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu… tetapi pada hari Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia telah pun berkahwin. Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur tentang Amy dan bertemu pula dengan Bella, dan jatuh cinta sekali lagi.

Istimewa buat pertama kalinya, TV9 akan menyiarkan kesudahan episod cinta Awang ini di dalam format telefilem selama dua jam di slot Skrin di 9 pada hari Rabu, 18 Julai, 8.30 malam. Untuk maklumat lanjut tentang Friday I’m Love, sila layari laman web rasmi di www.tv9.com.my/fridayiminlove atau #fridayiminlove di laman sosial media twitter.

Drama ini diterbitkan oleh Primeworks Sdn Bhd dan diterajui oleh Jalena Rejab sebagai penerbit dan Faizul Abdul Rashid selaku pengarah.

Drama Bersiri Friday I’m In Love

Drama Bersiri Friday I’m In Love

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Avenged Sevenfold Live in Malaysia Concert

Majlis Pelancaran KRU Academy