in , ,

Drama Bersiri CINTAPUCCINO Satukan Cinta Ayda Jebat & Dafi

Gandingan pelakon genit Ayda Jebat bersama-sama dengan pelakon Zul Ariffin sememangnya mencetuskan fenomena dalam beberapa drama bersiri yang dibintangi mereka sebagai watak utama. Namun tidak kurang menariknya bila drama bersiri bertajuk “Cintapuccino” yang menyatukan pula Ayda Jebat dengan Dafi, pasangan berdepan konflik dalam hubungan mereka.

Turut dibintangi pelakon Kay Kaydir, Ezzaty Abdullah, Noniswara dan Wan Nor Azlin, drama 13 episod arahan Eoon Suhaini ini sedang bersiaran menerusi saluran TVi (Astro 180), setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang.

Cintapuccino di TVi

13 Episod Drama Bersiri “Cintapuccino” Satukan Cinta Ayda Jebat dan Dafi di TVi

‪Mengangkat kisah kekeluargaan dan cita-cita tinggi seorang anak untuk berjaya, ikuti perjalanan hidup Ismaili yang dilakonkan oleh Dafi. Ismaili merupakan anak kepada pemandu dan pembantu rumah keluarga Gesha yang bersekolah sama dengannya. Meskipun begitu, Ismaili cemerlang dalam pelajarannya. Dalam diam Gesha menaruh hati terhadap Ismaili.

Cerah mentari rupanya tidak sampai ke petang. Keluarga Ismaili telah dihalau keluar dari rumah keluarga Gesha. Mereka kemudiannya pulang ke kampung tinggal bersama saudara di sana. Gesha pula empat tahun berada di luar negara.

Sementara itu Ismaili mahu meneruskan cita-cita ingin menjadi seorang pembuat kopi yang terbaik. Namun pelbagai dugaan perlu ditempuhinya dalam mengejar cita-citanya itu. Ia termasuklah bila ibu Ismaili telah meninggal dunia dan pada masa yang sama ayahnya telah diserang strok. Ini menyebabkan Ismaili berasa sangat sedih.

Namun setelah dinasihati oleh ayahnya, Ismaili cuba bangkit daripada kesedihan dan ingin memasuki pertandingan pembuat kopi terbaik. Begitu pun dia membatalkan hasratnya kerana penganjurnya ialah Dato’ Dhani, bekas majikan bapanya.

Ayda Jebat.. watak Gesha

Gesha telah pergi ke rumah cafe untuk bertemu Ismaili malangnya Ismaili mengelak untuk bertemu dengannya. Situasi itu benar-benar membuatkan Gesha sedih. Gesha kecewa kerana Ismaili cuba melarikan diri darinya namun Ismaili berbuat demikian kerana teringat perbuatan ibu Gesha terhadap kedua-dua orang tuanya.

Ramli telah menghadiahkan sebuah café kepada Ismaili untuk diusahakan tetapi ditolak oleh Ismaili. Sementara itu Ismaili bersetuju menjual kopinya kepada Syarikat Ground Kopi tetapi berjaya dihalang Datin Elena.

Lela menjual resepi Ismaili kepada pembekal kopi lain tanpa persetujuannya manakala ibu Gesha menasihati Ismaili supaya menjauhkan dirinya dari Gesha.

Ismaili telah memasuki pertandingan pencarian Barista Kopi terbaik dan Gesha masih memujuk Ismaili supaya bekerja di Grand Coffee.

Ketika itu secara tiba-tiba ibu Gesha telah diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital dan Gesha terpaksa berkahwin dengan Rafi untuk menenangkan hati ibunya itu.

Rafi pula bila mengetahui kisah silam Gesha telah memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya sehingga menyebabkan ibu bapa Gesha terpaksa menerima Ismaili sebagai menantu dan ini membuatkan Gesha berasa sangat gembira.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nazim Othman & Bella Dally Merancang Hari Bahagia 2016

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem BEFORE I WAKE