in

Drama 7 Hari MENCINTAIKU Lakonan Shukri Yahaya & Siti Saleha

Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali?

7 Hari Mencintaiku (11)

Drama 7 Hari MENCINTAIKU Nyanyian Shukri Yahaya & Siti Saleha

[dropcap]S[/dropcap]elepas tamatnya drama ‘Cinta Masam Manis’, siri drama terbaharu berjudul 7 Hari Mencintaiku bakal menyusul di kaca televisyen khas buat tontonan peminat setia drama slot Akasia bermula pada 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang.

[pullquote align=”right”]Drama bersiri 28 episod ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Jaja Illiyes DFKL.[/pullquote]

7 Hari Mencintaiku memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Engku Haris) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.

Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Idris), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

7 HARI MENAWAN HATI SHUKRI YAHAYA
Saksikan siri drama baharu ‘7 Hari Mencintaiku’ di slot Akasia mulai 7 November!

[dropcap]P[/dropcap]ada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.

Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.

Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi? Jangan lupa untuk saksikan lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha dalam drama 7 Hari Mencintaiku setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3.

7 Hari Mencintaiku (8)

7 Hari Mencintaiku (7)

7 Hari Mencintaiku (6)

7 Hari Mencintaiku (4)

7 Hari Mencintaiku (9)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Raih 6.9Juta Penonton Siaran Langsung Piala Malaysia 2016

Peraduan Menang Merchandise Filem DISNEY’S MOANA