in

TV3 Raih 6.9Juta Penonton Siaran Langsung Piala Malaysia 2016

Siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di antara Kedah dan Selangor yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober lalu sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tanah air. Perlawanan bersejarah ini telah disiarkan menerusi stesen Nombor 1 Negara, TV3, dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton di rumah dan juga di stadium.

Mengikut sumber Nielsen Media Research, perlawanan sengit antara Kedah dan Selangor ini berjaya mencapai (reach) 6.9 juta atau 43% syer penonton. Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan Kedah ini turut mendapat sambutan menerusi portal online Nombor 1 Malaysia, tonton, apabila berjaya meraih 150, 000 penonton menerusi laman tonton.

Pentas Kita Juara (9)

TV3 Raih 6.9Juta Penonton Siaran Langsung Piala Malaysia 2016

Kehangatan Piala Malaysia 2016 ini turut disemarakkan lagi dengan Pentas Kita Juara anjuran TV3 & TV9 di pekarangan Stadium Shah Alam yang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang. Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada ribuan pengunjung terutamanya penyokong-penyokong tegar Kedah dan Selangor.

Antara aktiviti yang mendapat perhatian daripada para remaja adalah Street Soccer 3 lawan 3 #KitaJuara, street soccer selebriti, juara timbang, pertandingan freestyle Kita Juara dan juara 1 Lawan 1, perlawanan bola sepak kain pelikat, dizzy soccer challenge dan ultras chanting.

Lebih mengujakan apabila salah seorang daripada peserta juara timbang telah berjaya memecahkan rekod dengan melakukan timbangan sebanyak 10,009 iaitu Muhammad Ariff Bin Abd Karim. Beliau juga merupakan salah seorang pemenang pertandingan freestyle Kita Juara.

Para pengunjung juga turut berpeluang bertemu dan bergambar bersama selebriti sukan yang juga bekas kapten dan pemain bola sepak Malaysia Akmal Rizal, pelawak Faiz Tapaw, pengacara sukan seperti Alyssa, Anim Ezati, Aina Suzaily, Jasmine Chin, penyanyi lagu tema Kita Juara dari kumpulan SOG, Nadzmi Adhwa (hos Jalan Jalan Makan Angin) dan Luqman Hafidz (pelakon Mr Tanda Soal)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan www.tonton.com.my. Ikuti juga informasi terbaharu di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube @TV3Malaysia, @TV9Malaysia @tontonMY.

Hangatkan perbualan sukan tanahair kita di laman sosial dengan menggunakan hashtag Kita Juara (#KitaJuara).

Pentas Kita Juara, hanya juara di sini!

Pentas Kita Juara (8)

Pentas Kita Juara (7)

Pentas Kita Juara (6)

Pentas Kita Juara (5)

Pentas Kita Juara (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video ASSALAMUALAIKUM USTAZAH KHALIFAH Trending di Youtube Malaysia

Drama 7 Hari MENCINTAIKU Lakonan Shukri Yahaya & Siti Saleha