in , ,

Drama 44 HARI BANGKITNYA POCONG Trending, Babak Nasi Kangkang Ellie Suriaty Jadi Tular

Telefilem 44 HARI BANGKITNYA POCONG yang diadaptasi menerusi kisah sebenar gangguan ketukan misteri yang tular baru-baru ini telah pun menemui penonton pada Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.

Peminat genre seram turut memberikan reaksi sejurus menonton naskhah lakonan mantap Ellie Suriati, Riezman Khuzaimi, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi itu.

Pengguna media sosial ada memberikan pelbagai reaksi pada akaun Instagram @bambam_studios terhadap telefilem arahan Azmir Affandi itu. Rata-ratanya memberikan maklum balas positif selain memuji kualiti lakonan para pelakonnya, terutama Ellie Suriaty.

Drama 44 HARI BANGKITNYA POCONG Trending, Babak Nasi Kangkang Ellie Suriaty Jadi Tular

Malah baru-baru ini juga tular di media sosial mengenai sepotong video yang merakamkan Ellie sedang melakukan ritual nasi kangkang untuk salah satu babak drama berkenaan.

Telefilem tersebut turut menjadi trending hasil carian di Twitter.

Drama 44 HARI BANGKITNYA POCONG Trending, Babak Nasi Kangkang Ellie Suriaty Jadi Tular
Drama 44 HARI BANGKITNYA POCONG Trending, Babak Nasi Kangkang Ellie Suriaty Jadi Tular

SINOPSIS 44 HARI BANGKITNYA POCONG

Saksikan telefilem seram ’44 Bangkitnya Pocong’ pada Sabtu, 30 Januari 2021 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

JUDUL : 44 HARI BANGKITNYA POCONG

WAKTU SIARAN : Sabtu, 30 Januari 2021, 9:00 malam 

SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD

IDEA ASAL : Syawal Azrai

PENULIS SKRIP : Srikandi Emma & Sri Dewi

PENGARAH : Azmir Affandi

PRODUKSI : Heritage Movies Sdn Bhd

PELAKON : Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran

Drama 44 HARI BANGKITNYA POCONG Trending, Babak Nasi Kangkang Ellie Suriaty Jadi Tular

SINOPSIS 44 HARI BANGKITNYA POCONG

Selepas kematian Maimun, beberapa kejadian aneh telah berlaku dan seluruh penduduk kampung di ganggu oleh pocong.

Maimon (Elly Suriatie) yang meninggal secara mengejut mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini sememangnya kurang di senangi. 

Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan kerana menunggu anaknya Aizat (Kodi Rasheed) pulang dari Singapura.

Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah maimon bangun menyebabkan seluruh penduduk kampung melarikan diri.

Pada malam tahlil yang pertama penduduk mula di serang dengan gangguan ketukan pintu dan penampakan pocong.

Suami maimon Anjang Kamal (Riezman Khuzaimi) mula di datangi hantu Pocong Maimon yang meminta maaf.

Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman namun dalam masa sama cuba merungkai punca Pocong Maimon mula menghantui orang orang kampung.

Satu persatu perbuatan terkutuk maimon terungkai termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada Anjang Kamal menjadikan Aizat semakin tertekan.

Mampukah Aizat menghentikan hantu Pocong Maimon dari terus menghantui orang kampung?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andi Bernadee Selami Kisah Rakyat Mendepani Pandemik Dalam KAIS PAGI KAIS PETANG

Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Sudah Digodam