in , ,

Sekalung Tahniah! Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA

Kejayaan tunjang utama Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks), Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Datuk Zafrol Rizal Mat lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini membanggakan ramai pihak.

Tentunya, pihak pengurusan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia itu juga menzahirkan rasa bangga di atas kejayaan dikecapi kedua figura berkenaan.

Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd berkata, dia mewakili pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian Dr Azizan (pengasas) dan Datuk Zafrol (pengasas bersama) syarikat itu.

Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA

Kata Radz, seperti diketahui peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha bagi menamatkannya dengan sempurna.

“Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa pendidikan ini sebenarnya tak pernah berhenti meskipun sudah bekerja mahupun berniaga. Usia juga bukan halangan atau sekatan untuk menambah ilmu.

“Pembelajaran ini sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri,”

– Radz Mohd

Radz berkata demikian ketika mengulas lanjut perkongsian Dr Azizan mengenai keputusan peperiksaan akhir CIMA di LinkedIn, Khamis lalu.

Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA
Paparan skrin yang dikongsi Dr Azizan di LinkedIn mengenai kejayaannya

Menerusi perkongsian sama, Dr Azizan turut berkongsikan salah satu matlamatnya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).

“Meskipun banyak masa digunakan membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan RM3.2 bilion, beliau tak pernah berhenti belajar.

“Ketika ini, Dr Azizan juga merupakan calon bagi doktor falsafah (PhD) bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University yang dijangka tamat pada Oktober ini.

“Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan terus mengiring kembara perjalanannya,”

– Radz Mohd

Sementara itu, kejayaan berkenaan turut dipuji golongan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin dan Nana Mahazan yang mempunyai hubungan baik dengan kedua mereka.

Rata-rata ketiga selebriti itu percaya kejayaan dikecapi menjadi bukti dan kelangsungan kehidupan mendatang.

Sekadar menyebut, ketiga selebriti berkenaan sendiri antara selebriti yang turut berjaya melebarkan empayar perniagaan mereka.

Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA

Nana dan Tya sendiri banyak menimba ilmu keusahawanan dengan Dr Azizan.

Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA

Siti secara peribadi tumpang bangga dengan pencapaian mereka.

“Kejayaan mereka menjadi inspirasi bagi semua yang nak berjaya. Menimba ilmu, tiada had umur dan masa. Selagi ada keinginan dan usaha pasti berjaya.

“Syabas kepada mereka kerana terus berjaya membimbing ramai bumi putera menjadi jutawan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19,”

– Dato Sri Siti Nurhaliza
Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA

Tya pula dalam kenyataannya mengakui cukup berbangga melihat keinginan belajar itu tidak pernah dibatasi faktor usia.

“Semua itu tidak mustahil. Kemahuan dan keinginan tinggi ditunjukkan kedua mereka sangat terpuji.

“Terus menginspirasikan ramai. Semoga kita semua boleh menjadikan kejayaan mereka sebagai dorongan untuk mencipta jaya,”

– Tya Ariffin
Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA

Sementara itu, Nana berkata kejayaan untuk belajar menjadi lebih baik itu tidak pernah ada penghujungnya.

“Setiap hari menjadi ruang terbaik untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

“Belajar itu juga tidak pernah dihadkan dengan soal usia. Ia hanya dibatasi dengan alasan semata-mata. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih,”

– Nana Mahazan
Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA
Dr Azizan, Zafrol Banggakan Richworks Lulus CIMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri IMAMKU OKEY Temukan Ashraf Muslim Dan Sharifah Husna

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Lancar Stesen Radio Digital RedRadio, Layan Muzik & Talk Show