in

Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur

DOUBLETREE BY HILTON, KUALA LUMPUR HOTEL RASMI PERTANDINGAN

Hotel menjadi tuan rumah kepada barisan Tokoh Tenis Antarabangsa Masyhur yang bakal muncul di Showdown of Champions 2010

Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur telah dilantik menjadi Hotel Rasmi Pertandingan bagi acara perlawanan Showdown of Champions 2010, A Night of Aces, yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2010.

Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Boris Becker, Ivan Lendl, Pat Cash, Goran Ivanisevic, Martina Hingis dan Anna Kournikova. Inilah kali pertama ramai daripada barisan pemain tenis masyhur telah datang ke Malaysia. Bintang rapper British yang terkenal, Jay Sean, akan membuat kemunculan istimewa dalam suatu konsert semasa pertandingan itu nanti, juga akan menginap di hotel yang sama.

Cookie Man 2

”Kami berbesar hati dilantik sebagai hotel rasmi Pertandingan bagi apa yang tidak syak lagi satu acara sukan terpenting untuk tahun ini di Malaysia. Selaku rakan dalam acara yang begitu berprestij seperti Showdown of Champions 2010, kesempatan ini adalah suatu peluang keemasan bagi Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur untuk menampilkan kemesraan dan keperibadian jenama serta pendekatan unik kepada hospitaliti dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai hotel hak milik pertama Doubletree di Asia Tenggara,” ujar Ian Barrow, Pengurus Besar Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

Tersohor kerana falsafah perkhidmatan berteraskan “Mesra, Prihatin dan Ramah”, hotel bertaraf mewah yang dibuka baru-baru ini adalah sebahagian projek pembangunan bersepadu bertaraf dunia yang digelar “The Intermark.” Dengan 540 bilik, termasuk 45 suite daripada jenis Deluxe, Executive hingga kepada Terrace Suite hotel bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah kepada beberapa penginapan VIP.

Dengan mempunyai lima ruang makanan dan minuman, termasuk restoran Makan Kitchen, hotel 34 tingkat Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur terletak di timur laut KLCC. Berlokasi di laluan berprestij Jalan Ampang di persimpangan Jalan Tun Razak, di kawasan Kedutaan, Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur menjadi gerbang mudah kepada serba-serbi kemudahan terbaik yang ada di Kuala Lumpur.

Cookie Men 3

Hotel mempunyai laluan mudah ke daerah Segi Tiga Emas Kuala Lumpur dan berhampiran dengan pusat-pusat terbaik bandaraya untuk membeli-belah, menjamu selera, hiburan dan tidak jauh dari Menara Kembar Petronas yang termasyhur di dunia dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Sambil pihak kami menjadi tuan rumah kepada kakitangan dan pegawai pertandingan, kami tidak ketinggalan mengalu-alukan para peminat tenis datang ke hotel kami. Peminat yang ingin menginap di hotel sepanjang pertandingan diberi peluang merebut kadar promosi bilik pembukaan hotel. Daripada RM440++, tetamu menikmati penginapan dua malam untuk harga satu!’” kata Barrow gembira.

Dengan kemudahan dan kelengkapan hotel di antara yang termoden di pusat bandaraya Kuala Lumpur, setiap satu bilik tetamu standard hotel menampilkan keunggulan pengalaman tidur Sweet Dreams™ by Doubletree lengkap dengan kain linen mewah serta limpahan bantal untuk tidur puas dan lena. Hotel juga mempunyai kolam renang air garam di luar dan pusat kecergasan yang dilengkapi dengan peralatan gimnasium terkini oleh Precor.

Untuk maklumat lanjut mengenai Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur, sila hubungi 03 2172 7272 atau layari laman web hotel www.kl.doubletreebyhilton.com

Cookie Men 1

Latar Belakang Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur
Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur terletak begitu strategik di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak dalam kawasan Kedutaan yang masyhur. Hotel bertaraf mewah ini menawarkan 540 bilik dan suite reka bentuk mutakhir dengan serba-serbi kemudahan hebat, lima kemudahan jamu selera serta ruang mesyuarat fleksibel seluas 20,000 kaki persegi, sebuah dewan besar utama, sebuah dewan pertengahan dan lapan bilik mesyuarat. Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur akan menjadi sebahagian hartanah guna campur bertaraf dunia bergelar The Intermark, yang merangkumi sebuah podium runcit, sebuah menara pejabat gred A yang diubahsuai sepenuhnya dan sebuah bangunan pejabat baru bereka bentuk mampan. Seluruh projek pembangunan ini dijadualkan siap menjelang akhir 2012.

Latar Belakang Doubletree by Hilton
Dengan memiliki koleksi tempat penginapan mutakhir dan mewah di lebih 230 kota raya gerbang, kawasan metropolitan dan destinasi percutian di seluruh dunia, hotel dan resort Doubletree by Hilton adalah hartanah reka bentuk tersendiri yang menyediakan keselesaan sejati kepada pengembara niaga dan pengembara santai masa kini. Daripada berjuta-juta tetamu hotel puas hati yang disambut mesra dengan pemberian biskut cip coklat pada masa daftar-masuk hingga kepada keistimewaan program ganjaran tetamu Hilton Honours ® pemenang anugerah, setiap tetamu Doubletree by Hilton mengecapi penginapan indah biar ke mana jua mereka pergi.

Latar Belakang Hilton Worldwide
Hilton Worldwide merupakan syarikat hospitaliti global yang terulung, meliputi sektor penginapan daripada hotel dan resort perkhidmatan penuh yang mewah hingga kepada suite inap lanjut dan hotel berkadar sewa sederhana. Selama 91 tahun, Hilton Worldwide menawarkan yang terbaik dari segi penginapan, perkhidmatan, kemudahan dan nilai kepada pengembara niaga dan pengembara santai. Syarikat beriltizam meneruskan tradisi menyediakan pengalaman teristimewa buat tetamu meliputi jenama-jenama globalnya. Rangkaian jenamanya terdiri daripada lebih 3,600 hotel dan 600,000 bilik di 81 negara dan termasuk Waldorf Astoria Hotels & Resorts, Conrad Hotels & Resorts, Hilton, Doubletree, Embassy Suites Hotels, Hilton Garden Inn, Hampton Hotels, Homewood Suites by Hilton, Home2 Suites by Hilton dan Hilton Grand Vacations. Syarikat juga menguruskan Hilton HHonors, iaitu program ganjaran tetamu bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat, sila layari www.hiltonworldwide.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizow, Nisha Dirr, Maria Farida dalam Dilema Wanita

Sinopsis Program Kes KRONOLOGI EKSKLUSIF SIASATAN