in ,

CuteCute HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG!

Yang Menarik di Doraemon Pop Up Store Pertama di Malaysia

Ang! Ang! Ang! Buat semua peminat Doraemon, Budiey kira anda patut datang ke Doraemon Pop Up Store di Paradigm Mall Johor Bahru. Lebih 200 barangan Doraemon yang eksklusif dijual di ruang pameran seluas 8,000 kaki persegi telah dibuka mulai 16 November 2018 sehingga 1 Januari 2019. Jom tengok apa yang menariknya Doraemon Pop Up Store?

Pada 19 November lalu, Budiey telah turun ke Johor Bahru untuk buat liputan di Pelancaran dan Pembukaan Doraemon Pop Store yang berlangsung di Paradigm Mall Johor Bahru.

VIDEO SEKITAR PEMBUKAAN DORAEMON POP UP STORE:

Beberapa hari sebelum ke Johor Bahru, Budiey ada war-warkan tentang acara ini di blog, jadi, kepada yang belum baca, boleh baca kat SINI.

Doraemon Pop Up Store

Dikatakan ini adalah pop up store pertama di Johor Bahru. Walaupun pada hari bekerja, Budiey nampak dah ramai orang bersama keluarga dan anak-anak datang melihat.

Terima kasih kepada penganjur Animation International (M) Sdn Bhd yang sudi jemput Budiey. Ini adalah satu projek anime-wesome dari Animation International (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Paradigm Mall. 

DORAEMON TERBESAR DI ASIA TENGGARA DITEMUI DI JOHOR BAHRU:

Doraemon Kini Kembali – Lebih Happening, Lebih Gempak & Lebih Meriah

Acara pembukaan yang ringkas telah berlangsung pada jam 1 tengahari dengan dihadiri oleh media dan blogger. Turut dimeriahkan dengan kehadiran watak-watak utama dalam animasi Daraemon iaitu Nobita Nobi, Shizuka Minamoto, Takeshi Goda, Suneo Honekawa dan watak yang paling wajib ada adalah Doraemon! Haha! Sangat comel kesemuanya. 

Doraemon Pop Up Store

Jadi, kepada semua peminat Doraemon! Budiey kira, anda semua wajib datang ke Doraemon Pop Up Store di tingkat bawah Paradigm Mall. Peminat animasi kucing robot biru yang cute dan bijak ni dah tentu tak sabar nak tengok apa yang menariknya Pop Store ni kan? 

Paling penting, ia telah mencipta sejarah di mana ia menjadi kedai pop up pertama buat semua  peminat Doraemon. Ruang pameran 8,000 kaki persegi dibuka untuk kunjungan ramai dari 19 November 2018 hingga 1 Januari 2019. 

Pendapat Selebriti Tentang DORAEMON POP UP STORE Malaysia

Dapatkan Merchandise Yang Eksklusif dan Terhad!

Selain dapat membeli belah barangan merchandise yang eksklusif, ebih daripada 30 patung bersaiz besari dipamerkan di sini. Jadi, sesuailah untuk anda mengambil peluang untuk berfoto itu dan dapat upload di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Banyak jenis barangan yang dijual di kedai pop-up, termasuk edisi edisi terhad yang tidak dapat dibeli di mana-mana tempat lain. Lebih penting juga, masuk ke acara ini adalah percuma, tak payah bayar apa-apa dan terbuka kepada orang ramai. Anda hanya bawa sejumlah wang yang cukup bersama anak-anak dan kawan-kawan untuk bersukaria. Itu dah cukup!

Doraemon Pop Up Store

Sedikit info tentang animasi terkenal ini. Doraemon bermula sebagai majalah kanak-kanak pada tahun 1969. Ceritanya berkisar tentang keletah kucing robot yang bergerak dari masa ke semasa dari abad ke-22 untuk membantu seorang budak lelaki yang tidak berdaya, bernama Nobita Nobi.

Sebanyak 1,345 cerita telah dicipta dalam siri asal, yang diterbitkan oleh Shogakukan. Doraemon sejak itu menjadi kegemaran orang ramai, di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Ia juga menjadi ikon di peringkat antarabangsa, yang muncul dalam upacara penutupan Olimpik Musim Panas 2016, untuk mempromosikan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun.

Doraemon Pop Up Store

Sebelum ini, Ekspo Gadget Rahsia Doraemon yang pertama kali diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2013, dan acara itu berjaya kerana berjaya menarik minat orang dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina untuk melancong ke negara kita dan melawat pameran itu.

Kali ini, selain 30 patung bersaiz langsung yang dipamerkan, pengunjung ke ekspo juga akan dapat melihat saiz Giant Size inflatable Doraemon yang eksklusif untuk pengunjung ekspo.

Selain daripada pelbagai barangan yang diilhamkan oleh Doraemon yang dijual di kedai pop-up, terdapat juga aktiviti yang penuh keseronokan semasa hujung minggu di Lantai Tanah Mall, untuk menampung kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak, maka akan ada sesuatu untuk semua orang menikmati di pameran itu.

Doraemon Pop Up Store

Budiey sempat menemubual Encik Steve Chow, Pengarah Animasi (M) Sdn Bhd, yang cukup bersemangat menceritakan tentang apa yang menarik di acara tersebut.

Beliau begitu yakin bahawa acara itu akan menarik para peminat watak anime hit, Doraemon, dari seluruh Malaysia dan juga Singapura sebab itulah dia bertekad untuk mengadakan acara ini yang pasti tidak dapat dilupakan oleh peminat Doraemon.

Doraemon Pop Up Store

“Sempena dengan kedatangan cuti sekolah ini, saya berharap para pengunjung hadir di acara ini akan menikmati kedai pop up pertama kami, yang telah dikemas khas untuk peminat Doraemon kami. Kami berharap dapat mencipta perasaan ajaib yang sejati kebahagiaan, kebersamaan dan ikatan yang tulen, dengan itu mewujudkan nilai keluarga yang kuat melalui masa yang berkualiti bersama, ” – Encik Chow.

Pengunjung ke ekspo ini akan berpeluang untuk melihat sendiri ‘inflatable’ Doraemon bersaiz gergasi, dengan lebih dari 30 figura untuk paparan dan turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik untuk kanak kanak sepanjang hujung minggu dengan exhibit space bersaiz sehingga 8,000 kaki persegi dibuka untuk umum. Have fun!

Doraemon Pop Up Store

Alang-alang Budiey kat sana, Budiey tak nak lepaskan peluang untuk tapau bawak balik barangan merchandise. Memang rambang mata. Tak tahu mana satu nak pilih. Semuanya nampak cantik dan lawa serta cute di mata. Kalau boleh nak borong semua! Tapi apa kan daya, duit tak cukup.

Masuk adalah PERCUMA!

🗓 19 November 2018 – 1 Januari 2019 

📍 Ground Floor, Paradigm Mall Johor Bahru (Berhadapan dengan Padini Concept Store) 

⏰ 10.00 Pagi – 10.00 Malam

Facebook Page: https://www.facebook.com/DoraemonMY

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

Doraemon Pop Up Store

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER VERSE

Sinopsis Drama LUKISAN TAKDIR Lakonan Zarina Zainuddin