in ,

Donnie Yen Sahkan IP MAN 4: THE FINALE Filem Aksi Kung Fu Terakhir

Pelakon terkenal Hong Kong, Donnie Yen mengesahkan bahawa filem Ip Man 4: The Finale merupakan filem aksi kung fu terakhir yang akan dilakonkannya.

Donnie yang kini berusia pelakon yang sudah mencecah usia 56 tahun ada mengakui, biarpun tidak lagi akan beraksi dalam filem kung fu, namun ia tidak bermakna dia akan berhenti daripada berlakon filem-filem aksi.

Donnie Yen

“Saya ingin menjelaskan bahawa Ip Man 4: The Finale memang filem kung fu terakhir saya, tetapi jangan salah faham yang saya tidak lagi berlakon filem aksi.

“Secara jelasnya filem kung fu adalah filem aksi, tetapi filem aksi tidak semestinya filem kung fu. Misalnya, filem aksi komedi juga boleh dikategorikan sebagai filem aksi,”

– Donnie Yen

Dia berkata demikian ketika sesi sidang akhbar bersama pihak media yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.

Turut hadir pada acara sidang akhbar berkenaan adalah pihak pengurusan Lotus Five Star iaitu Datuk R. Doraisingam Pillai, Garuna Murthee dan En Karthiik Doraisingam.

Donnie bersama seorang lagi pelakon iaitu Danny Chan Kwok-Kwan serta penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong kini berada di Malaysia pada 11 dan 12 Disember sempena rangka promosi filem berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut meluahkan rasa terujanya kerana berpeluang untuk kembali semula ke Malaysia bagi mempromosikan filem berkenaan.

“Sudah tentu saya begitu teruja dan gembira kerana diberi peluang ke negara ini semula dan bertemu dengan peminat-peminat di sini,”

– Donnie Yen

Ip Man 4: The Finale bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Disember 2019. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakaman Video Mirip Pelakon Zul Ariffin Tunjuk Anu Tersebar

airasia

AirAsia Raih Anugerah Datuk Bandar Miri Atas Sumbangan Ekonomi & Sosial Kepada Miri