in , ,

AirAsia Raih Anugerah Datuk Bandar Miri Atas Sumbangan Ekonomi & Sosial Kepada Miri

AirAsia telah meraih Anugerah Khas Datuk Bandar yang merupakan anugerah utama di Anugerah Datuk Bandar Miri 2019 atas sumbangan pentingnya kepada aspek ekonomi dan sosial di bandar Miri.

AirAsia telah diiktiraf atas komitmennya dalam meningkatkan hubungan penerbangan domestik dan antarabangsa ke dan dari Miri serta membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terbang. 

AirAsia menghubungkan Miri ke Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru serta Singapura melalui 101 penerbangan pergi dan balik ke Miri setiap minggu.

Airasia

Hasil daripada peningkatan hubungan yang disediakan oleh AirAsia, trafik penumpang di Lapangan Terbang Miri telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun dari 0.79 juta pada tahun 1998 kepada 2.35 juta pada tahun 2018. Pada tahun 2018, lebih 61% trafik penumpang di Lapangan Terbang Miri adalah daripada AirAsia .

Anugerah tersebut disampaikan oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii kepada Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Dato’ Aziz Bakar. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata,

“Sebagai penyokong Visi Kemakmuran Bersama, kami berusaha untuk membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk terbang dengan tambang rendah dan menyokong caj lapangan terbang yang adil.

Kami juga berbesar hati kerana diiktiraf sebagai penyumbang kepada kemajuan landskap ekonomi dan sosial Miri.

AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan antarabangsa terus ke Miri kerana kami percaya Miri berpotensi menjadi sebuah destinasi pelancongan dan dagangan.

Kami juga berharap dapat menghubungkan lebih ramai pengunjung ke Miri pada tahun-tahun akan datang yang bukan sahaja boleh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan malah meningkatkan ekonomi negeri.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat

Pada 2018, AirAsia telah menerbangkan kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia ke dan dari Miri dan kira-kira 250,000 pengunjung dari negara lain.

Selain itu, AirAsia telah meningkatkan jumlah rakyat Brunei merentasi Miri, untuk memanfaatkan hubungan luas AirAsia dan kekerapan penerbangan yang tinggi dari Miri.

Diadakan untuk tahun kedua, anugerah tersebut bertujuan untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan penting kepada pembangunan bandar Miri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Donnie Yen | 23

Donnie Yen Sahkan IP MAN 4: THE FINALE Filem Aksi Kung Fu Terakhir

Zoe Wees | 24

Filem AIR MATA TERAKHIR BUNDA, Memaparkan Kisah Kegigihan Seorang Ibu