in ,

Donald Trump & Isterinya Disahkan Positif COVID-19

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump, positif COVID-19.

Berita tersebut dimaklumkan menerusi satu ciapan di akaun rasmi Twitter Trump pada jam 12.55 tengah hari waktu Malaysia.

Tonight, @FLOTUS and I tested positive for COVID-19. We will begin our quarantine and recovery process immediately. We will get through this TOGETHER!,” tulisnya.

Sebelum ini, salah seorang kakitangannya, Hope Hicks dikesan positif virus tersebut. Susulan itu, Trump mengumumkan akan menjalani kuarantin selepas mempunyai interaksi rapat dengan kakitangannya itu.

Bagaimanapun tidak berapa lama kemudian, Trump memberitahu beliau dan isteri juga didapati positif.

Amerika Syarikat menjadi antara negara paling teruk terkesan dengan COVID-19.

Donald Trump & Isterinya Disahkan Positif COVID-19

Trump & Isteri Positif COVID-19

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengatakan bahawa beliau dan isterinya, Melania positif COVID-19 dan akan menjalani kuarantin.

“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif COVID-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan. Kami akan dapat mengharungi bersama,” kata Trump dalam ciapannya di Twitter.

Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahkan seorang daripada pembantunya Hope Hicks disahkan dijangkiti COVID-19.

Hicks, 31, mengembara dengan Trump beberapa kali minggu ini, termasuk ketika menaiki kapal Marine One, helikopter presiden, untuk kempen pemilihan presiden pada Rabu.

Trump dan Melania menjalani ujian saringan berkenaan selepas Hicks disahkan positif COVID-19.

Selepas pengumumannya, pemimpin dunia melahirkan ucapan berharap Trump dan isterinya cepat sembuh.

“Saya yakin bahawa ketabahan, semangat dan keyakinan anda yang baik akan membantu anda mengatasi virus berbahaya ini,” kata Kremlin memetik Presiden Vladimir Putin.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berharap pasangan itu “sembuh sepenuhnya dan cepat”.

Trump menarik AS keluar dari WHO, menuduhnya salah menangani pandemik COVID-19 dan terlalu rapat dengan China.

“Semoga @realDonaldTrump dan @FLOTUS pulih dengan segera. COVID-19 adalah pertempuran yang kita semua terus berjuang. Setiap hari. Tidak kira di mana kita tinggal,” kata ketua Kesatuan Eropah, Charles Michel dalam ciapan di Twitter, merujuk juga kepada Wanita Pertama AS.

“Harapan terbaik saya kepada Presiden Trump dan Wanita Pertama,” ciap Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. “Semoga mereka berdua cepat pulih dari coronavirus.”

Johnson menghabiskan tiga malam dalam rawatan intensif pada April selepas dijangkiti COVID-19.

“Semoga rakan saya @POTUS @realDonaldTrump dan @FLOTUS cepat sembuh dan kesihatan yang baik,” kata Perdana Menteri India Narendra Modi di Twitter. – AGENSI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Earfon SHURE AONIC 3, AONIC 4 & AONIC 5 Sound Isolating

BLACKPINK presents The Album with Exclusive Content on Spotify