in

Doktor Gigi Ezani Masterchef Malaysia Pertama

DOKTOR GIGI MUNCUL MASTERCHEF MALAYSIA YANG PERTAMA

Ezani tewaskan Wahidan di Santapan Penamat!

Usaha gigih seorang doktor gigi meninggalkan sementara kerjaya profesional beliau untuk terlibat dengan program realiti MasterChef Malaysia ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama. Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26 tahun dari Kajang, Selangor berjaya menewaskan Wahidan Hj Ag Supain, seorang pekebun dari Sandakan, Sabah pada episod terakhir, Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104).

Kemenangan Ezani ini melayakkan beliau untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakannya sendiri.

ezani

Juara MasterChef Malaysia, Ezani Farhana Md Monoto berkata, “Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya. Terlalu banyak yang saya kecapi sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi dan tempat berlainan yang unik terutama sekali dalam dapur profesional. Pengalaman ini juga menyedarkan bahawa saya mempunyai “drive” dan potensi untuk menceburi bidang kulinari ini secara lebih serius.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro dan Astro Ria kerana membawa MasterChef ke Malaysia, dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada fenomena Masterchef ini. Bersaing dengan Abang Wahidan pada peringkat akhir merupakan suatu penghormatan yang amat besar kerana beliau merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan ikhlas serta hebat. Tidak dilupakan kepada para juri, ibu bapa, keluarga, sahabat handai, para peserta terutamanya lima yang membantu saya di Santapan Penamat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini.”

VIDEO LAWAK JOHAN RAJA LAWAK, Hanif & Ray RADIO ERA

Pada permulaaan episod Santapan Penamat ini, dua orang finalis, Ezani dan Wahidan perlu melakukan pemeriksaan bahan di dapur kemudian mencipta menu dan resipi terbaik mereka. Sebagai kejutan, setiap finalis perlu memilih lima peserta Top 24 yang telah tersingkir untuk membantu mereka menyediakan juadah yang perlu mereka siapkan dalam tempoh tiga jam. Wahidan telah memilih Amita, Zamir, Danial, Shariah dan Deena. Manakala Ezani memilih Ary Malik, Brian, Felix, Azilah dan Imelda.

Kedua-dua pasukan yang diketuai oleh Ezani dan Wahidan perlu menyediakan menu lengkap termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamu. Wahidan memilih untuk menghidangkan Udang dan Kekapis di Perap dengan Citrus (Pembuka Selera), Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (Hidangan Utama) dan Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (Pemanis Mulut) manakala Ezani menghidangkan Salad Nusantara dengan Kekapis (Pembuka Selera), Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (Hidangan Utama) dan Kek Ubi Bit Berempah (Spiced Beetroot Cake) (Pemanis Mulut).

Tetamu yang hadir pada episod Santapan Penamat ini sebahagian besar merupakan para chef profesional termasuk yang pernah muncul dalam episod MasterChef Malaysia sebelum ini. Mereka turut menilai makanan yang disediakan dan memberikan 40 peratus markah manakala juri tetap yang dibarisi oleh Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Riz pula melengkapkan baki 60 peratus markah.

Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Astro Ria amat gembira kerana dapat merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menonton program realiti masakan MasterChef di negara ini seterusnya berbangga dengan juara MasterChef Malaysia kita sendiri. MasterChef Malaysia ternyata telah mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi program terbaik dan menjadi pilihan utama penonton selama 12 minggu ditayangkan di Astro Ria.

“Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PANASONIC ‘Cooking Magic’ selaku penaja utama MasterChef Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan juga kami rakamkan kepada penaja bersama iaitu Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef, NeuVida Omega-9 Cooking Oil, BHP Petronas, MPH Bookstore dan Scott. Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan MasterChef Malaysia amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”

finalis bersama peserta masterchef malaysia

wahidan dan ezani

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Star World Is Now In HD

Ujibakat ON AIR Cungkil Pengacara Berbakat