Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

DJ Radio Ketawakan Cikgu Mengajar di Didik TV Dikecam, Mengaku Salah & Minta Maaf

Kecoh di media sosial hari ini mengenai seorang penyampai radio yang sengaja ketawa melihat video cara pertuturan bahasa Inggeris seorang guru yang mengajar di DidikTV.

Disebabkan penutupan sekolah kerana penyebaran wabak COVID 19 di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat satu inisiatif baru dengan melancarkan Didik TV yang sudah mula ditayangkan pada Rabu lepas.

Menerusi beberapa slot rancangan, ada satu rancangan yang memaparkan seorang guru mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2 dalam Bahasa Inggeris.

Meskipun rancangan tersebut mendapat teguran netizen oleh kerana gaya bahasa guru terbabit, namun tindakan seorang DJ radio di TikTok ini dianggap sangat biadap hingga mendapat kecaman hebat netizen.

DJ ini telah membuat sebuah video reaksi terhadap pengajaran cikgu tersebut dengan menghamburkan ketawa sepanjang video itu ditayangkan. 

Hmmm… kat mana yang lawaknya tu?

Walau bagaimanapun, video ini telah dipadam daripada platform media sosial DJ berkenaan setelah mendapat terlalu banyak kecaman. Untuk lihat video, klik link di sini.

“Terpaling power cakap omputih, bro jemput datang studio Didik TV,”

– NETIZEN

Rata-rata netizen yang telah melihat video tersebut berasa kesal dengan tindakan DJ terbabit dan menganggap ia suatu penghinaan kepada guru itu. Ramai telah meninggalkan komen di Instagram peribadi DJ itu meminta supaya majikannya menegur tindakan pekerja yang tidak beretika ini.

Diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi. Bukan mudah menjadi pendidik di zaman pandemik ini ya. 

Perlekeh guru: Penyampai Radio Digantung Kerja, Mahu Mohon Maaf Secara Peribadi

Susulan kecaman yang diterima, penyampai radio tersebut Muhammad Yusuf Shukri tampil memohon maaf dengan tindakan yang tidak wajar itu dengan memuat naik sebuah video di laman Facebook miliknya.

Menerusi video berdurasi dua minit 35 saat itu, dia mengakui kesilapan yang dilakukan dan memohon terhadap kepada guru tersebut.

Selain itu, dia juga mengakui bahawa guru-guru yang terlibat menerusi program DidikTV itu mengajar secara secara sukarela.

“Saya dengan ikhlas hati memohan maaf kepada guru yang terlibat dalam video di akaun TikTok itu.

“Saya baru tahu bahawa guru-guru mengajar di hadapan kamera secara sukarela hanya untuk membantu generasi muda sekarang. Jadi saya rasa perbuatan mengelakan guru tersebut sangat tidak patut dan keterluan,” jelasnya.

Yusuf juga berharap sesiapa yang mengenali pendidik tersebut, boleh membantunya untuk menghubungi dan memohon maaf secara peribadi kepada guru itu dan ahli keluarganya.

Sementara itu, menjengah ke laman Instagram milik Hitz FM Sarawak, pihak pengurusan kini sedang menjalankan siasatan dan pemuda tersebut digantung tugas buat sementara waktu.

Terdahulu, Yusuf memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok memaparkan dirinya ketawa terbahak-bahak melihat cara pengajaran guru terbabit sebelum tular di laman Twitter sehingga dikecam warganet.

Penyampai HitzFM Mengaku Bersalah ‘Ketawakan’ Cikgu, Ingin Mohon Maaf Secara Peribadi Kepada Guru Didik TV

Penyampai radio Hitz Sarawak, Yusuf Syukri tampil memohon maaf atas tindakannya mentertawakan seorang guru yang mengajar dalam bahasa Inggeris menerusi program Didik TV.

Dalam kenyataannya menerusi satu video di Facebook, Yusuf akui silapnya atas tindakkannya yang dikatakan agak keterlaluan itu dan memohon maaf kepada guru tersebut.

Katanya lagi, dia menyedari bahawa dalam program itu, guru-guru yang terlibat dalam program tersebut mengajar secara sukarela.

“Saya baru sahaja menyedari bahawa dalam program ini, guru-guru ini sebenarnya suka rela mengajar di hadapan kamera Saya rasa saya tak patut gelakkan dia, saya ingin meminta maaf atas tindakan saya kepada ahli keluarga, guru-guru dan mereka yang tersinggung dengan video yang saya dah buat tu.”

Yusuf juga meminta bantuan netizen yang mengenali guru tersebut dengan harapan dapat menghubunginya untuk memohon maaf secara peribadi kepada guru itu dan ahli keluarganya

Dalam masa yang sama, Yusuf juga membuat keputusan untuk rehatkan diri sebentar dari media sosial.

Atas teguran dan kritikan netizen, Yusuf menjelaskan bahawa dia bersikap terbuka dengan komen netizen terhadapnya kerana bagi Yusuf, ia dapat memberi pengajaran kepadanya untuk lebih peka dengan sensitiviti dalam sesuatu perkara.

Harap dapat lah warganet bantu dirinya untuk tebus balik kesalahan yang dia dah lakukan.

Sementara itu, HitzFM Sarawak telah membuat kenyataan dan sedang menjalankan siasatan dalaman. Malah, dia digantung tugas buat masa ini.

Sindir Guru, Deejay Hitz Fm Sarawak Bakal Digantung Tugas

Penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf, 29, berdepan tindakan digantung kerja berikutan rakaman video mempersendakan seorang guru yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.

Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin, berkata syarikat memohon maaf dan meluahkan rasa kesal di atas perlakuan DJ Yusuf.

“Dengan rasa rendah diri, Hitz FM memohon maaf di atas keterlanjuran tingkah laku salah seorang penyampai kami menerusi video yang tular, baru-baru ini.

“Kami memandang serius perkara ini. Pihak pengurusan akan menjalankan siasatan dalaman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Video tular itu memaparkan aksi Yusuf mentertawakan guru terbabit yang sedang menyampaikan subjek Sains untuk siaran Didik TV.

Susulan kecaman yang diterima, Yusuf tampil membuat permohonan maaf menerusi entri di Instagram TV (IGTV), petang tadi.

Dalam video berdurasi 2.33 minit itu, Yusuf mengakui tindakan memuat naik video terbabit sebagai perbuatan biadap dan tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya ingin menjelaskan tidak sepatutnya memuat naik video yang jelas menunjukkan saya mempersendakan guru terbabit.

“Dengan penuh keikhlasan, saya ingin memohon maaf kepada cikgu terbabit kerana membuatkan dirinya terasa dan terluka atas perbuatan saya itu,” katanya.

Yusuf turut meluahkan rasa kesal selepas mendapat tahu guru yang dipersendakan bekerja secara sukarela untuk slot berkenaan.

“Saya tidak sepatutnya menjadikan usaha guru terbabit sebagai bahan jenaka. Saya sekali lagi memohon maaf kepada guru terbabit, ahli keluarganya dan semua guru atau sesiapa sahaja yang terguris dengan perbuatan saya itu,” katanya.

Yusuf berharap supaya ada pihak yang dapat membantunya bersemuka dengan guru terbabit bagi menjernihkan keadaan.

Harap dapat lah warganet bantu dirinya untuk tebus balik kesalahan yang dia dah lakukan.

DJ radio Gelakkan Guru Bertutur Bahasa Inggeris Dikecam Netizen

Gara-gara memuat naik video TikTok menggelakkan seorang guru bahasa Inggeris, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak menerima kecaman hebat daripada netizen hari ini.

Video memaparkan penyampai itu mentertawakan aksi seorang guru wanita yang sedang mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk saluran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disifatkan sebagai kurang ajar.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan aksinya kerana berpendapat ada cara lain untuk menegur atau memperbaiki teknik pengajaran guru berkenaan.

“Hitz FM, adakah ini seorang penyampai awak? Sepatutnya memberi pendapat untuk penambahbaikan dan bukannya gelakkan dengan cara begitu.

“Apa yang dia lakukan adalah salah dan memberi contoh yang tidak baik terhadap organisasi anda,” tulis seorang netizen @danielhvqeem.

Sehingga kini, masih tiada kenyataan rasmi atau permohonan maaf daripada individu tersebut atau Hitz FM.

Difahamkan, video yang ditertawakan DJ berkenaan ialah slot sesi pembelajaran subjek bahasa Inggeris untuk murid tahun dua.

Dalam pada itu, netizen juga menggesa KPM memberi kursus penyiaran terhadap golongan pendidik yang bertugas untuk saluran tersebut agar perkara sama tidak berulang. 

Adibah Noor Tawar Diri Jadi Guru di DidikTV

Seperti yang diumumkan, NTV7 telah ditamatkan dan digantikan dengan DidikTV yang dikira sebagai usaha kerajaan untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui televisyen dan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

DidikTV akan menyiarkan program berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM selain berita mengenai dunia pendidikan daripada peringkat pra sekolah sehingga tingkatan enam, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.

Semalam, Adibah Noor ada muat naik posting di Twitter menawarkan dirinya untuk menjadi antara perantara yang mengajar Bahasa Inggeris di DidikTV.

Tweet tersebut mendapat perhatian ramai dan sehingga telah mendapat lebih 7,000 retweets. Ramai yang bersetuju dan teruja kerana Adibah Noor sudah biasa berada di hadapan TV jadi tentulah sesi pengajian itu akan menjadi lebih ‘fun’.

saya nak offer diri kpd @KemPendidikan, utk jadi perantara yg “mengajar” bahasa inggeris kat didiktv, boleh? pic.twitter.com/ShO4QseWu7

— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) February 17, 2021

Ada seorang netizen yang mengkritik dan berkata Adibah Noor seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk menjadi cikgu dan ada yang bertanya sama ada dia mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang cikgu Bahasa Inggeris.

Namun, Adibah Noor membalas semula dan berkata selama ini dia tidak pernah pun nak ‘show off’ tapi disebabkan ada yang question tentang kelayakan, dia terus beritahu.

Selain selalu memainkan watak cikgu, kalau korang nak tahu Adibah Noor memang pernah jadi cikgu Bahasa Inggeris sebelum dia menjinakkan diri ke dalam industri hiburan pada 1994.

Bukan itu saja, netizen pun suka tengok Adibah Noor membetulkan sebutan English individu lain termasuklah baru-baru ini Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat, Rina Harun. Sebelum itu, dia ada membetulkan sebutan ‘wilderness’ yang disalah sebut oleh seorang pembaca berita TV3.

Lagipun, Adibah memang selalu buat video mengajar orang tentang sebutan sesuatu perkataan Inggeris di Twitter miliknya. Adibah juga ada meluahkan beberapa kali di Twitter yang dia sukar mendapat kerja dan pendapatannya terjejas disebabkan Covid-19.

Jadi, menurut netizen mungkin ini salah satu peluang yang dia cuba ‘grab’ kerana dia sendiri memang ada kelayakan sebagai cikgu Bahasa Inggeris. Win win situation!

Apa pendapat korang?

Sebutan bahasa Inggeris diketawa DJ radio, ramai beri semangat buat cikgu Rafidah

Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Maksudnya, seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan.

Semalam, guru yang tular berhubung gaya bahasanya diperlekehkan sewaktu mengajar di DidikTV, ada memuat naik status di laman Facebook miliknya.

Menurut guru yang dikenali sebagai Rafidah Rahmat itu, dia mengakui akan kelemahan diri dan berjanji akan memperbaiki kemahiran bahasanya demi mendidik anak bangsa.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku,”
“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” luah cikgu Rafidah.

Lantaran itu, ‘posting’ cikgu Rafidah menarik perhatian warganet dimana rata-rata mereka memberikan kata-kata positif dan semangat buat dirinya agar terus berjuang mendidik anak bangsa.

Berdebar walaupun rakaman

Terdahulu, seorang penyampai radio (DJ) dikecam warganet apabila selepas memuat naik video di aplikasi TikTok dimana seakan-akan memperlekeh sebutan bahasa Inggeris guru tersebut yang mengajar subjek Sains.

Bagaimanapun, DJ dikenali sebagai Yusuf Shukri itu telah tampil memohon maaf kepada cikgu Rafidah dan digantung tugas buat sementara waktu.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version