in ,

Universal Music Malaysia Lantik Kim Lim Sebagai Pengarah Urusan Yang Baharu

Pelantikan kepimpinan strategik yang baharu dalam usaha membantu meningkatkan perkembangan artis domestik dan pertumbuhan label.

Hermond Cheng dilantik sebagai Ketua bahagian A&R dan Pemasaran, Ivan Koh dilantik sebagai Ketua bahagian Komersial dan Patrina Wong dilantik sebagai Pengarah Kewangan dan Operasi

Petaling Jaya, April 23, 2021 – Universal Music Malaysia (UMM), sebuah anak syarikat Universal Music Group (UMG) peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik, hari ini mengumumkan bahawa Kim Lim telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, berkuatkuasa serta-merta. Perlantikan tersebut adalah antara beberapa perekrutan strategik syarikat untuk memperluas dan memperkasa pasukan pengurusan kanan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk meningkatkan perkembangan artis domestik dan pertumbuhan label di rantau ini.

Sebagai anggota teras pasukan eksekutif serantau UMG, Kim akan memantau operasi UMG di seluruh Malaysia. Berpangkalan di ibu pejabat UMM di Petaling Jaya, Selangor, beliau akan melapor kepada Calvin WongKetua Pegawai EksekutifUniversal Music Southeast Asia & Timbalan Presiden Kanan, Asia. Setelah menyertai UMM pada tahun 2014 dari agensi periklanan RedRedRed Malaysia, Kim telah memegang pelbagai jawatan penting dalam syarikat tersebut, terbaru beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Pengurusan Artis & Ketua Pemasaran dan Jualan untuk Malaysia.

Universal Music Malaysia

Melalui jawatan tersebut, Kim telah memimpin UMM merentasi perkongsian, pengurusan bakat, acara siaran langsung dan inisiatif perniagaan baru yang inovatif yang telah meletakkan UMM sebagai syarikat hiburan muzik domestik terkemuka di Malaysia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, UMM telah mengetuai dalam kempen iklan jenama terkenal di rantau ini melibatkan artis UMM dan syarikat utama (domestik dan global), antaranya: “The Singing Pizza” dengan Pizza Hut; Hyundai; Tune Talk; Petron; dan Samsung.

Pada tahun 2019, Kim telah menerajui pelancaran Celebrity 360, sebuah syarikat pengurusan artis terkemuka di industri yang menguruskan kerjaya beberapa bakat paling popular dan berpengaruh di Malaysia dalam dunia muzik, filem / TV, hiburan dan gaya hidup termasuk: Anis Nabilah , Alvin ChongFattah AminFazuraDiana DanielleSyazuwan dan Jaja Iliyes antara lain. Celebrity 360 adalah agensi pertama seumpamanya di rantau ini dan mengendali semua elemen untuk pelanggannya, termasuk perkongsian jenama, acara langsung dan produksi TV & filem. Sebelum menyertai UMG, Kim sebelum ini memegang jawatan di Asia-Pacific Videolabs, Warner Music Malaysia dan Golden Dynamics Enterprise Ltd.

Pelantikan Kepimpinan Strategik untuk Membantu Mempercepat Pembangunan Artis Domestik & Pertumbuhan Label

Di samping itu, Universal Music Malaysia juga telah mengumumkan satu siri pelantikan kepimpinan utama, serta merta, termasuk:

  • Hermond Cheng dilantik sebagai Pengarah A&R & Pemasaran dan Ketua Def Jam Recordings Malaysia (Director of A&R and Marketing and Head of Def Jam Recordings Malaysia­);
  • Ivan Koh dilantik sebagai Pengarah Strategi Komersial & Digital (Director of Commercial & Digital Strategy); dan
  • Patrina Wong dilantik sebagai Pengarah Kewangan dan Operasi (Finance and Operations Director).

Veteran dalam industri dan amat dihormati, Hermond sebelum ini pernah memegang jawatan penting di EMI, Warner Music dan menyertai UMM dari Sony Music di mana dia memegang jawatan Pengurus Besar, Sony Music Malaysia.

Ivan bergabung dengan UMM setelah 14 tahun di Warner Music Group di mana dia adalah Pengarah Akaun Digital & Pembangunan Perniagaan.

Patrina Wong memulakan kariernya dalam bidang audit dan mempunyai pengalaman luas dalam hal berkaitan perniagaan dan kewangan serantau dan dalam negara sebelum menyertai UMG.

Semasa membuat pengumuman itu, Calvin Wong selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Music Southeast Asia & Timbalan Presiden Kanan, Asia berkata:

“Saya yakin dengan kemampuan Kim, inovasi perniagaan dan kepemimpinan strategik telah membolehkannya menaiki tangga ke jawatan tertinggi di UMM. Setelah menjadi Eksekutif Pemasaran yang berjaya di bahagian label, Kim telah mencapai hasil yang luar biasa dalam mengubah jumlah pendapatan syarikat, di samping menerajui pelancaran Celebrity 360 yang inovatif dan berjaya di Malaysia. Saya yakin bahawa dengan pasukan Kim, Hermond, Ivan dan Patrina, UMM akan terus membuka peluang kepada bakat muzik anak Malaysia di seluruh dunia, sambil mencapai tahap kejayaan baru di dalam negara.”

Menurut Kim Lim, “Saya amat teruja untuk memimpin satu pasukan yang hebat di Malaysia, bersama kumpulan baru pengurusan senior yang luar biasa ini, Hermond, Ivan dan Patrina.  Kami akan melihat cara baru untuk memperluaskan pengalaman dan memikirkan secara mendalam tentang peluang baru yang boleh diteroka. Kami akan terus memberi tumpuan kepada A&R domestik, mencari dan mengembangkan bakat terbaik yang ditawarkan oleh negara dan rantau ini. Berdasarkan kejayaan luar biasa Def Jam Malaysia, Celebrity 360 dan inisiatif komersil kami yang lain, kami akan berinovasi dan mengukir jalan baru untuk memastikan budaya muzik Malaysia yang lebih rancak dapat diakses oleh rakan kongsi, platform dan yang paling penting peminat muzik di seluruh rantau ini berbanding sebelumnya .”

Universal Music Malaysia

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, UMM telah mencapai kejayaan dengan artis antaranya, DOLLAAlvin Chong, Kmy Kmo & Luca Sickta, Nabila Razali dan Shalma Eliana. Pada tahun 2019, UMM melancarkan Def Jam Malaysia, yang sejak itu telah menandatangani dan memperkenalkan beberapa bakat hip-hop domestik Malaysia yang telah berjaya termasuk artis yang dianugerahkan platinum berganda, Yonnyboii, melalui kejayaannya dengan Salahku yang telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan di YouTube, juga album sulung yang dijadualkan pada akhir tahun 2021. Di samping itu, UMM melancarkan label baru RedRecords dengan kerjasama AirAsia, yang didedikasikan untuk mengembangkan dan memperkenalkan muzik pop-Asia terbaik untuk pendengar di seluruh dunia.

Tahun ini, Universal Music Malaysia akan memberi tumpuan pada bakat tempatan dengan pelancaran beberapa label dan inisiatif baru dalam usaha menjadikan UMM sebagai label utama untuk mengasah dan mengembangkan bakat dan budaya muzik di Malaysia, ke rantau Asia Tenggara dan global – pada masa kini dan di masa hadapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney+ Hotstar Dilancarkan Di Malaysia pada 1 Jun, Senarai Filem Menarik Untuk Ditonton

Hot FM & 17 Eleven Music Bergabung Menghasilkan Lagu Raya Untuk Meriahkan Suasana