in ,

Discovery, Inc. Akan Siar ‘Fearless: Rise Of The Southern Tigers’ di Asia Tenggara

Discovery, Inc. Akan Menyiarkan ‘Fearless: Rise Of The Southern Tigers’ Di Asia Tenggara, Taiwan Dan Hong Kong

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berbesar hati mengumumkan bahawa syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan ‘Fearless: Rise of the Southern Tigers’ di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Discovery, Inc. Akan Menyiarkan ‘Fearless: Rise Of The Southern Tigers’ Di Asia Tenggara, Taiwan Dan Hong Kong

“Saya gembira kini lebih banyak tempat di Asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik JDT.

Discovery, Inc. Akan Menyiarkan ‘Fearless: Rise Of The Southern Tigers’ Di Asia Tenggara, Taiwan Dan Hong Kong

Lynn Ng, Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc berkata,

“Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik. Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini.”

– Lynn Ng

‘Fearless: Rise of the Southern Tigers’ mengisahkan cerita di belakang tabir bagaimana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor sejak DYAM Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.

Antara kisah yang diceritakan dalam siri ini adalah mengenai visi DYAM Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepaknya, bagaimana telitinya Tunku Mahkota Johor ini dalam setiap segi, bagaimana kelab ini berkembang sedikit demi sedikit, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, para penyokong Bangsa Johor yang setia dan banyak lagi. Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menceritakan pengalaman Baginda dan menerangkan bagaimana bersemangatnya DYAM Tunku Ismail.

Discovery, Inc. Akan Menyiarkan ‘Fearless: Rise Of The Southern Tigers’ Di Asia Tenggara, Taiwan Dan Hong Kong

Siri ini juga memaparkan temubual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, jurulatih-jurulatih Akademi JDT, pemain, penyokong dan beberapa individu di JDT. Krew kamera juga mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing. 

Tayangan perdana ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers’ akan disiarkan pada 11 September jam 9 malam (waktu Malaysia) di saluran Discovery Asia di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong. Luaskan Kuasamu Johor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salixium Ezuan Kit Ujian Covid | 23

SALIXIUM Mampu Hasilkan Sehingga 7 Juta Unit Kit Ujian Kendiri Covid-19 Sebulan

Hee Loy Sian Exco Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Selangor | 24

Bantuan Kewangan One-Off Disalur Kepada 17 Persatuan Pelancongan Negeri Selangor