in ,

Disahkan Negatif Covid-19, Jenazah Tony Spider Selamat Dikebumikan oleh Rakan-Rakan

Allahyarham Tony Iskandar disahkan negatif Covid-19 dan jenazah bekas pemain bass kumpulan Spider itu sudah boleh dituntut oleh waris bagi urusan pengebumian, hari ini.

Penyanyi juga vokalis kumpulan Spider, Tam Mustafah berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh pada jam 4 petang selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Pihak Luncai Emas dan rakan-rakan akan menguruskan pengebumian Tony sehingga selesai. Jenazahnya akan dikebumikan sebelum Asar hari ini. Namun bilangan yang dapat turut serta agak terhad kerana perlu ikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,”

– Tam Spider

Terdahulu, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri dalam biliknya di studio Luncai Emas oleh jurutera muzik, Hanafi dan dipercayai menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Tony Spider Meninggal Dunia

Tony yang memeluk agama Islam pada 2004 mempunyai bilik persendirian di studio itu bagi melakukan kerja berkaitan muzik dan penghasilan lagu.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga, namun tidak bertahan lama dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Pengarah Produksi Luncai Emas, Keon Omar berkata, pihaknya akan berusaha mengebumikan jenazah pada hari ini juga.

“Mungkin selepas Zohor boleh ambil dari hospital dan bergantung pada kebenaran mereka.

“Adik Allahyarham mewakili keluarganya datang dari Johor untuk urusan pengkebumian bersama kami. 

“Jenazah dibawa ke Surau Ikhwan di Sungai Buloh untuk solat jenazah, namun dengan SOP hanya 12 orang. Selepas itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh,”

– Keon Omar

Dalam perkembangan lain Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) akan menganjurkan Majlis Tahlil & Bacaan Yassin buat Allahyarham Tony pada malam ini.

Ia akan berlangsung menerusi Facebook Kopstar jam 8 malam ini di bawah bimbingan anggota kumpulan nasyid Simfoni iaitu Imtiaz Ikrimal Rosslee.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zulkifli Mohamad | 23

Salam Baitullah Edisi Ke-13, Tampil Tema Suatu Kerinduan

Tony Fernandes Airasia 2020 | 24

BigPay Mohon Lesen Perbankan Digital Secara Rasmi di Malaysia