in ,

BigPay Mohon Lesen Perbankan Digital Secara Rasmi di Malaysia

BigPay dengan rasminya telah memohon Lesen Perbankan Digital bersama-sama konsortium rakan strategiknya. Dengan pengalaman melancarkan beberapa produk kewangan di Malaysia, syarikat teknologi kewangan tempatan ini berharap untuk mengukuhkan misinya dalam usaha mendemokrasikan perkhidmatan perbankan.

BigPay secara rasminya telah menghantar permohonan Lesen Perbankan Digital kepada Bank Negara Malaysia. Berdasarkan pengalaman melancarkan beberapa produk kewangan yang dikawal selia, syarikat teknologi kewangan tempatan ini bersedia untuk memacu pertumbuhannya.

BigPay telah menubuhkan konsortium rakan kongsi yang kukuh untuk menyokong permohonan tersebut bersama-sama Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Ikhlas Capital dan konglomerat asing yang mempunyai kepakaran dalam teknologi kewangan.

Setiap rakan konsortium memberi sumbangan unik dalam kepakaran mereka untuk menjayakan Bank BigPay. Selain rakan kongsi konsortium, BigPay adalah sebahagian daripada airasia Group dan mempunyai akses kepada ekosistem yang luas termasuk peniaga dan pelanggan di platform e-dagang, insuran dan telekomunikasi. 

Selama 4 tahun, BigPay telah berjaya menambah dan menawarkan pelbagai produk kewangan yang dikawal selia seperti wang elektronik (e-money),perkhidmatan kiriman wang antarabangsa serta insuran mikro dan perkhidmatan belanjawan. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sebahagian daripada visi BigPay untuk menjadi penyelesaian sehenti bagi keperluan kewangan di Malaysia.

Tidak lama lagi, BigPay akan melancarkan beberapa perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan kredit, simpanan mikro dan perkhidmatan kewangan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (mSME) serta pekerja bebas.  

Salim Dhanani, CEO & Founder of BigPay

Salim Dhanani, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas BigPay.

“Bank BigPay akan membolehkan kami merealisasikan misi untuk membina masa depan kewangan yang kukuh untuk pelanggan dan usahawan di Malaysia. Jika permohonan  lesen ini diluluskan, kami akan dapat berhubung dengan lebih ramai rakyat Malaysia dengan tawaran rangkaian perkhidmatan yang lebih luas untuk menyokong masa depan ekonomi Malaysia dengan lebih teguh,” kata Salim Dhanani. 

Aireen Omar, Presiden airasia Digital berkata, “airasia Digital mempunyai ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (mSME) dan pelanggan yang luas terutamanya daripada kategori B40. BigPay, anak syarikat airasia Digital akan dapat menawarkan perkhidmatan kewangan kepada ekosistem syarikat dan secara keseluruhannya memberi nilai terbaik kepada semua.”  

“Keterangkuman kewangan merupakan visi dan misi BigPay sejak ia ditubuhkan pada tahun 2017. Selama 4 tahun yang lepas, kami telah membantu lebih 1.4 juta rakyat Malaysia menambah baik perancangan kewangan mereka. Kami sentiasa mencari dan menawarkan produk kewangan yang bukan sahaja mudah, bahkan telus dari segi kos dan boleh diakses oleh orang ramai. Kelulusan permohonan Lesen Perbankan Digital ini akan membolehkan kami menawar perkhidmatan kewangan tanpa bebanan kepada semua individu termasuk pekerja bebas dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (mSME),” kata Salim Dhanani, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas BigPay.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disahkan Negatif Covid-19, Jenazah Tony Spider Selamat Dikebumikan oleh Rakan-Rakan

Azad Jasmin Mengamuk, Pagar Rumah Dilanggar Pemandu Mabuk