in , ,

Dipuji Ramai Macam Anak Korea, Ramai Yang Geram Tengok Wajah Anak Izara Aishah

Pelakon, Izara Aishah merupakan antara selebriti jelita yang sering menjadi perhatian peminatnya dan sejak menimang cahaya mata sulungnya pada April tahun lalu membuatkan dia dan suami, Adib semakin bahagia.

Seperti biasa juga, menerusi ruangan Instagram yang dimiliki oleh para selebriti mengundang peminat dapat mengikuti perkembangan dengan lebih cepat dan mudah. Walau bagaimanapun, Izara Aishah juga antara selebriti yang mempunyai jutaan follower yang menantikan perkembangan dirinya dalam industri hiburan tanah air.

Walau bagaimanapun, selain kerjaya selepas dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama, Irisa Alaia nampaknya peminat dapat menyaksikan momen anaknya yang dikongsikan selebriti itu sendiri.

Ramai Yang Geram Tengok Wajah Anak Izara Aishah

Ternyata juga saat-saat terbaharu yang dikongsikannya mengundang pula peminat melihat Irisa Alaia yang kini semakin membesar dengan sangat comel.

Posting Izara Aisyah yang disertakan dengan beberapa keping foto itu membuatkan peminat tidak ketinggalan untuk memberikan pujian dengan wajah comel anak kesayangan pelakon jelita ini dimana dia berkongsikan perasaan gembira anaknya yang mendapat kerusi baru.

Ramai Yang Geram Tengok Wajah Anak Izara Aishah

“Dia tak boleh tahan excited kerusi dia baru sampai. Showing it off to me and her baba. We got it from @happikiddo” tulisnya.

Anak Izara Aishah juga dikatakan seperti orang dari Korea disamping matanya dan senyuman Irisa Alaia turut disenangi peminat.

“Geramnya macam anak Korea”

Ramai Yang Geram Tengok Wajah Anak Izara Aishah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pasangan Adik Beradik Yamani Abdillah & Zaki Yamani Buka Tirai FAMILI DUO

Acha Septriasa Belum Bersara, Kembali Berlakon dengan Reza Rahadian dalam LAYLA MAJNUN