in ,

Dipercayai Jadi Kontak Rapat Pesakit Covid-19, Haqiem Rusli Buat Ujian Calitan

Mengambil langkah berjaga-jaga, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33), Haqiem Rusli, 23, membuat ujian saringan COVID-19 selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Penyanyi lagu Mimpi itu berkata, dia tidak mengambil mudah dalam isu keselamatan dan kesihatan.

“Saya membuat ujian calitan di sebuah klinik di Cheras sambil ditemani bapa, hari ini. Keputusan hanya akan diketahui dalam tempoh dua hari.

“Sekarang, saya berehat dalam bilik di rumah, sambil menunggu keputusan ujian calitan. Apapun terjadi, saya tawakal sahaja. Harapnya tiadalah berita tidak baik mengenai keputusan ini nanti,” 

– Haqiem Rusli

Haqiem berkata, dia tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda jangkitan pandemik COVID-19.

“Kali terakhir saya bertemu individu berkenaan sewaktu majlis pelancaran, Jumaat lalu.

“Sekalipun tiada tanda atau simptom, saya kena bertanggungjawab dan tak mahu mengambil risiko. Lagi pula, kes jangkitan pandemik COVID-19 semakin meningkat sekarang,”

– Haqiem Rusli

Katanya, dia sedaya upaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga penjarakan fizikal.

“Saya takut apabila harus melalui proses ini. Lebih cuak menunggu keputusan ujian calitan.

“Inilah kali pertama membuat ujian calitan dan agak menyakitkan pada saat dimasukkan tiub ke dalam rongga hidung,”

– Haqiem Rusli

Dalam pada itu, artis naungan FMC Music itu berharap masyarakat terus menjaga diri dan duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

“Kita harus bertanggungjawab atas diri dan orang yang tersayang,” katanya.

– Haqiem Rusli

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga Akui Mental Terganggu Gara-Gara Fasa PKP Berlanjutan

Bosan Dikuarantin, Geng Pemuda Buat Fashion Show Pakai Baju Ibu Bersalin