in

Bosan Dikuarantin, Geng Pemuda Buat Fashion Show Pakai Baju Ibu Bersalin

Peningkatan kes yang agak membimbangkan di negara kita sudah pasti membuatkan pusat kuarantin di seluruh negara mengalami kepadatan termasuklah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Walau bagaimanapun, bagi tidak terus dibuai rasa bimbang dan bosan, pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh individu yang dikuarantin disana bagi memberi semangat positif kepada mereka yang dijangkiti pandemik ini.

Aktiviti Semasa Kuarantin

Dalam satu perkongsian seorang pengguna aplikasi Tiktok dikenali sebagai Syahida, dia telah memuat naik video aktiviti yang dilakukan oleh teman lelakinya ketika dikuarantin bersama ratusan lagi penghuni.

@syhdysra

Didn’t expect this would be my boyfriend’s activities while quarantine 😭😭😂. #maepsserdang #quarantine #fyp

♬ original sound – syahida

Fashion show baju bersalin

Apa yang menghiburkan adalah teman lelakinya dan beberapa kenalan baru yang turut di kuarantin di MAEPS telah melakukan fashion show dengan baju yang sering digunakan oleh kaum wanita di wad bersalin.

Macam zaman dekat asrama

Telatah lucu itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata terhibur melihat aktiviti mereka yang mengisi masa lapang apabila kebosanan.

Mereka juga sempat mendoakan agar para penghuni pusat kuarantin MAEPS segera sembuh dan bebas daripada pandemik yang menular ini.

Bosan Dikuarantin, Geng Pemuda Buat Fashion Show Pakai Baju Ibu Bersalin
Bosan Dikuarantin, Geng Pemuda Buat Fashion Show Pakai Baju Ibu Bersalin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 23

Dipercayai Jadi Kontak Rapat Pesakit Covid-19, Haqiem Rusli Buat Ujian Calitan

Arif Bahran | 24

Rai Ulang Tahun Ke-23 Tahun, Arif Bahran Tak Mahu Potong Rambut Pendek!