in ,

Dinner Sambil Menikmati Sunset di Aston Sunset Beach Resort, Gili Trawangan

Penghujung tahun semakin dekat, ini bermakna musim cuti juga semakin hampir. Seperti biasa, ramai juga rakyat Malaysia yang suka ke luar negara untuk melancong dan bersiar-siar. Banyak destinasi pantai serta pulau yang sering menjadi tumpuan para pelancong.

Dan di antara pulau terbaru yang semakin mendapat tempat di kalangan pelancong Malaysia adalah Pulau Lombok di Indonesia. Ia tidak terlalu jauh jika menaiki pesawat dan mengambil masa sekitar 3 jam sahaja dengan penerbangan dari Malaysia.

Sunset Bar &Amp; Grill Restaurant

Kala berada di Lombok, banyak juga hotel serta restoran yang menawarkan sajian tempatan dan antarabangsa yang menarik, namun terdapat beberapa hotel di Lombok yang mengungguli senarai pilihan hidangan serta menu terbaik di sana.

Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah Aston Sunset Beach Resort yang terletak di salah satu pulau kecil di Lombok iaitu Gili Trawangan. Restoran mereka yang juga dikenali sebagai Sunset Grill & Bar menawarkan ajnas pilihan makanan yang unik dan menyelerakan.

Sepadan dengan nama hotelnya, Aston Sunset Beach Resort akan membuat para tamu seolah-olah berada sangat dekat dengan matahari yang terbenam kerana lokasinya yang memberikan pemandangan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang menakjubkan. Ini diperhebatkan lagi dengan suasana pantai yang menenangkan.

Para tamu juga boleh bersantai sambil menikmati aneka pilihan hidangan seperti sajian promosi yang bakal dipersembahkan hujung tahun bermula Oktober ini. Di antara menu menarik terbaru yang dihidangkan adalah Fish Ballotine serta pencuci mulut Chocolate Dome. Ini diserikan lagi dengan alunan muzik tepi pantai yang berentak reggae dan pop oleh kugiran tempatan dari Jumaat hingga Sabtu.

Mereka turut mempunyai promosi harian lain seperti diskaun sebanyak 15% untuk makan tengah hari dari jam 12 tengah hari sehingga empat petang, makan malam BBQ untuk makanan laut dan macam-macam lagi. Terdapat juga tempat untuk beriada bermain billiard, ping pong, catur dan lain-lain.

Selain itu para tamu juga boleh menikmati menu Indonesia, Bali, Barat dan Asia yang lain.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh KLIK SINI.

Seafood Ballotine

Chocolate Dome

Bbq

Food And Beverage1

Makan Malam ditemani matahari terbenam di Aston Sunset Beach Resort, Gili Trawangan
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sam Smith’s WRITING’S ON THE WALL Theme Song To Spectre, Out Now!

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok