in , ,

Dini Schatzmann Hadiahkan Vespa Yang Berharga Cecah Puluhan Ribu Untuk Janna Nick

Pada 1 Jun merupakan hari ulang tahun selebriti terkenal, Janna Nick. Sejak bercinta dengan pelakon kacak berdarah campuran, Dini Schatzmann, mereka sering meraikan hari istimewa bersama-sama. Pada tahun ini, Janna telah menerima hadiah ulang berbentuk sebiji vespa berwarna merah daripada buah hatinya.

Kejutan hari lahir yang dibuat Dini untuk pengacara Melodi itu telah dikongsikan di Instagramnya dan terlihat sangat sweet! Saban tahun, ada sahaja kejutan yang dibuat oleh pelakon Dini Schatzmann kepada kekasihnya yang juga pelakon dan pengacara, Janna Nick.

Tahun ini, bersempena ulangtahun kelahiran Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner yang ke-26, Dini telah menghadiahkan pengacara Melodi itu sebuah skuter jenama Vespa berwarna merah. Menerusi hantaran video yang dimuatnaik oleh empunya nama sebenar Dini Azan Schatzmann itu di laman Instaram nya, kelihatan Dini membuat persiapan untuk meraikan teman wanitanya itu.

Dini Schatzmann Hadiahkan Vespa Yang Berharga Cecah Puluhan Ribu Untuk Janna Nick

Menerusi carian Murai.my, Vespa varian Primavera 150 yang dikategorikan sebagai skuter mewah berharga lingkungan RM17 ribu dan mampu mencecah RM20 ribu mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Ini termasuklah varian yang dimiliki oleh Janna yang dilihat telah dihias khas berwarna merah sekaligus menampakkan lagi ciri premium nya.

Im sorry we had to celebrate your birthday one day earlier this year, but i hope you liked it. My goal every year is to make you smile just a bit more than the year before. To see you happy is all that matters. I hope this year is filled with more blessings and happiness for you. I love you so much, now and forever. 

Dini Schatzmann Hadiahkan Vespa Yang Berharga Cecah Puluhan Ribu Untuk Janna Nick

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar pasangan kekasih ini segera mendirikan rumah tangga kelak dan turut memuji sikap romantis Dini sejak dahulu lagi. Pada tahun lalu, Dini membuat kejutan kepada Janna dengan menghadiahkan sebuah beg berjenama mewah.

Dini Schatzmann juga memuat naik video istimewa tersebut di saluran Youtube mereka berdua untuk tatapan peminat. Sememangnya pasangan ini cukup serasi dan terlihat bahagia menjalani percintaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Yang Terkesan dengan PKP, Sufie Rashid Terpaksa Jual kereta Audi

Netizen Tegur Bunga Citra Lestari Tayang Foto Seksi Berbikini Naik Bot di Tengah Lautan