Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Dina dan Along Pengacara Salam Lebaran 2009

MALAM RAYA : SALAM LEBARAN 2009 MENAMPILKAN TETAMU YANG MEMILIKI PERTALIAN DARAH DI KALANGAN ARTIS

Istimewa sempena kehadiran lebaran ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak pernah ketinggalan saban tahun meraikan malam raya anda dengan program siaran langsung berkongsi ucapan sambutan hari raya dengan penonton membawakan Salam Lebaran bersiaran pada 19 September 2009 (Sabtu), jam 11.20 malam sehingga 1.30 pagi dari Auditorium Perdana, Angkasapuri dan dipancarkan secara langsung menerusi TV2.

Menariknya tahun ini RTM menampilkan kelainan kerana menerusi program Salam Lebaran berkonsepkan kekeluargaan ini mengundang artis-artis yang memiliki pertalian darah seperti ayah dan anak, emak dan anak, abang dan adik selain kakak dan adik. Antara pasangan artis yang terlibat menjayakan program ini termasuklah ND Lala dan Shila, Izwan Pilus dan Aril Pilus, Azlina dan Liza Aziz, Atilia dan Salamiah Hassan juga Bienda dan Sheeda.

Namun format rancangan ini masih dikekalkan di mana perantara akan berinteraktif bersama penonton di rumah menerusi bacaan kad-kad raya, emel, panggilan telefon, SMS dan MMS. Begitu pun istimewanya kali ini para penonton berpeluang menyampaikan ucapan-ucapan Hari Raya menerusi webcam.

Malah sebagai berkongsi kemeriahan malam menjelang raya, penonton setia RTM akan turut dihiburkan dengan artis-artis undangan yang membuat persembahan nyanyian dan sketsa yang kesemuanya bertemakan Hari Raya Aidilfitri dengan lagu-lagu baru dan malar segar hari raya untuk penonton setia salurannya.

Along

Justeru untuk ‘menghidupkan’ dan memeriahkan lagi sambutan lebaran anda, usah ketinggalan berkongsi ucapan raya anda dengan perantara Dina dan Along Cham menerusi Salam Lebaran pada 19 September 2009 (Sabtu), jam 11.20 malam dipancarkan secara langsung menerusi TV2.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version