in ,

Dimensi Legenda, Semarak Semangat Patriotisme

Terus menyalakan semarak semangat anda sebagai anak Malaysia dengan program diterbitkan Unit Hiburan TV RTM bertajuk Dimensi Legenda.

Sangat istimewanya kali ini bertemakan ‘Patriotisme’, rancangan hiburan santai dengan mesej cintakan tanah air ini menemui penonton pada 23 September ini, pukul 9.00 malam di TV1. Menerusi program yang dirakamkan pada 14 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, sama-sama hayati variasi lagu menyuntik semangat cintakan negara menerusi persembahan mantap lagu ‘Gemilang’ dan ‘Standing In The Eyes of The World’ daripada penyanyi bergelar Ratu Rock, Ella.

semua artis yang menjayakan Dimensi Legenda bertemakan Patriotisme

Dimensi Legenda, Semarak Semangat Patriotisme Di TV1

Begitu juga lagu-lagu yang dinyanyikan legenda artis tanah air yang berkongsi pentas menghiburkan penonton seisi keluarga termasuklah penampilan Roy, Francissca Peter, Azlan Typewriter, Lan Solo dan Hariz Bintang RTM yang menyampaikan lagu berunsur patriotik dan menambah semangat sayangkan negara.

persembahan mantap Ella

Paling mengujakan dan tidak sepatutnya dilepaskan pengisian segmen Memori Untukmu kali ini yang merupakan tribute kepada legenda Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan lagu-lagunya ialah ‘Warisan’ dan ‘One Thousand Million Smiles’ yang dinyanyikan oleh Lan Solo dan Hariz Juara Bintang RTM 2018.

Ia menampilkan gandingan pengacara Raja Azura juga kemunculan Ropee Cecupak dan Azrul Zaidi selain diserikan pentasnya oleh tarian daripada Penari Kumpulan Malay World Cultural Paradise.

Raja Azura menembual Roy

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

persembahan Lan Solo PATRIOTISME (14 JULAI 2018)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Opens 11th Brand Shop in Penang

Astro Kasih Umum Kejohanan Astro Junior Peringkat Kebangsaan