in ,

Astro Kasih Umum Kejohanan Astro Junior Peringkat Kebangsaan

Pendaftaran dibuka mulai 16 Julai ini dan dua pasukan badminton terbaik akan mara ke peringkat serantau pada November ini

Astro Kasih hari ini mengumumkan penganjuran ‘Kejohanan Astro Junior (peringkat kebangsaan)’ di Stadium Juara, Kuala Lumpur dari 6 hingga 9 September ini. Kejohanan ini dijangka akan menarik 32 pasukan badminton Malaysia, di mana sang juara dan naib juara akan bertanding dengan kelab badminton terkemuka di rantau ASEAN.

AJC2018_Poster_A5

Pertandingan melibatkan pasukan-pasukan rantau ASEAN ini akan berlangsung di ‘Kejohanan Astro Invitational Junior (peringkat rantau)’ mulai 12 – 15 November 2018. Untuk makluman, ‘Kejohanan Astro Junior’ ini merupakan kerjasama di antara Astro Kasih, Persatuan Badminton Malaysia, Badminton Asia, Kementerian Belia dan Sukanm, dan Kementerian Pendidikan.

Kejohanan pasukan campuran ini bakal menyaksikan penglibatan perseorangan lelaki dan perempuan, serta beregu campuran, dan ia terbuka kepada semua pemain badminton warganegara Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke bawah. Setiap pasukan perlu diwakili oleh Pengurus Pasukan dan disertai oleh sekurang-kurangnya lapan orang pemain atau tidak melebihi sepuluh orang pemain dalam jadual permainan. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM 14,000.00.

Kejohanan peringkat rantau yang akan diadakan di Malaysia pada November ini bakal menyaksikan dua finalis ‘Kejohanan Astro Junior (peringkat kebangsaan)’ bersaing bersama 12 kelab badminton junior yang dijemput dari negara-negara ASEAN termasuklah dari Jepun dan China.

Pendaftaran ‘Kejohanan Astro Junior (peringkat kebangsaan)’ akan dibuka mulai 16 Julai 2018 di www.astrokasih.org/championships, dengan kadar bayaran sebanyak RM 200.00 bagi setiap pasukan. Slot pendaftaran adalah terhad.

Kejohanan Astro Junior merupakan komitmen berterusan Astro dalam membantu membangunkan sukan badminton di kalangan anak muda menerusi program Astro Kem Badminton. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Astro Kem Badminton telah memberi manfaat kepada lebih dari 15,000 peminat sukan badminton di Malaysia dan Indonesia. Dari jumlah tersebut, seramai lebih dari 130 orang peserta telah diberi peluang untuk menjalani latihan intensif dan berdisiplin tinggi di negara Jepun dan China.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dimensi Legenda, Semarak Semangat Patriotisme

Zahirah Macwilson Bakal Meriahkan Pelancaran OPPO Find X Esok!