in , ,

Dilindungi Dengan Knox Vault, Ini Pandang Pertama Samsung Galaxy A55

Budiey berkesempatan untuk mencuba telefon pintar terbaharu Galaxy A55. Ini pandang pertama dan sedikit ulasan serta penerangan tentang Samsung Knox Vault .

Nampaknya Samsung kini sedang giat bekerja keras nak rapatkan jurang antara telefon pintar premium dengan yang sederhana dalam beberapa tahun ni. Budiey dikhabarkan Samsung baru je lancarkan Galaxy A55 bersama-sama dengan Galaxy A35. Wow! Budiey rasa tertarik hati untuk mencuba peranti terbaharu ini!

Dilindungi Dengan Knox Vault, Ini Pandang Pertama Samsung Galaxy A55

Dalam ulasan kali ini, hanya pandang pertama dan pendapat peribadi Budiey tentang bentuk luaran. Budiey suka dengan material binaan yang ada pada peranti ini. Yang bestnya, Galaxy A55 ni pakai material premium lagi untuk luarannya. Sebelum ni, Galaxy A54 guna kaca kat belakang dengan frame plastik. Tapi sekarang Samsung dah upgrade material dia jadi aluminium metal, so nampak lagi class sikit. Korang akan nampak sendiri nampak macam premium kan binaan kali ini?

Tapi bingkai dia masih besar macam model-model lama. Design dia ada yang unik sikit, Samsung panggil tu Samsung Key Island, dia letak butang kawalan audio dan power kat situ.

Dilindungi Dengan Knox Vault, Ini Pandang Pertama Samsung Galaxy A55

Pasal prestasi Samsung Galaxy A55 pun okay la. Galaxy A55 ni guna prosesor baru Samsung Exynos 1480 yang ada GPU yang direka sama dengan AMD. RAM pun dia offer up to 12GB, sama besar dengan model-model Samsung flagship.

Tapi sementara ni, game popular macam Call of Duty tak support graphics tinggi kat telefon ni lagi. Ada developers game tu kena optimize lagi dengan prosesor Exynos 1480 ni.

Dilindungi Dengan Knox Vault, Ini Pandang Pertama Samsung Galaxy A55

Aplikasi kamera dia pun ada sikit lag bila tukar zoom time nak rakam video. Tapi overall, specs dia memang bagus.

Yang bestnya, dia ada ciri keselamatan Samsung Knox Vault yang securekan data pengguna. Tapi takde la ciri-ciri AI macam yang ada dalam telefon flagship dorang.

Dilindungi Dengan Knox Vault, Ini Pandang Pertama Samsung Galaxy A55

Tunggu review lebih lanjut pasal Galaxy A55 ni. Harapnya dia boleh bagi pengalaman penggunaan yang best macam telefon sederhana yang lain tahun ni.

Dilindungi Dengan Knox Vault, Ini Pandang Pertama Samsung Galaxy A55

Samsung Knox Vault 

Samsung Knox Vault yang diperkenalkan sebagai penjaga anda dalam alam digital, kini boleh diakses pada Galaxy A55 5G dan A35 5G baharu. Disepadukan dengan lancar, Knox Vault memperkukuh peranti anda daripada ancaman yang canggih, memastikan perlindungan data peribadi semasa pelbagai aktiviti seperti menyemak imbas web, menghantar e-mel dan penggunaan aplikasi.

Dilindungi Dengan Knox Vault, Ini Pandang Pertama Samsung Galaxy A55

Dalam era di mana pelanggaran keselamatan mudah alih berleluasa, risiko akses tanpa kebenaran kepada maklumat peribadi meningkat, terutamanya dalam kes kecurian. Knox Vault menangani kebimbangan ini dengan melindungi data anda, menawarkan ketenangan fikiran dan keselamatan daripada kemungkinan eksploitasi untuk tujuan penipuan.

Dengan perlindungan yang teguh terhadap serangan perkakasan dan diperakui dengan tahap jaminan penilaian tinggi yang berprestij (EAL 5+), Knox Vault mencipta persekitaran yang diperkukuh mengutamakan privasi dan keselamatan data. Galaxy A55 5G dan A35 5G, yang menampilkan ciri keselamatan Knox termaju, mentakrifkan semula kecemerlangan dengan memberikan pengalaman mudah alih yang tiada tandingan.

Memandangkan peranti ini telah dilancarkan di Malaysia, pelanggan boleh menikmati promosi istimewa bernilai sehingga RM828, merebut peluang untuk meningkatkan pengalaman mudah alih mereka dengan telefon pintar terbaharu Samsung.

Spesifikasi Galaxy A55 5G:

  • Paparan Super AMOLED 6.6″, 120Hz, 1080 x 2340 piksel (FHD+)
  • Exynos 1480
  • RAM 12GB | Storan dalaman 256GB
  • Kamera utama 50MP + 12MP + 5MP
  • Kamera swafoto 32MP
  • Android 14, One UI 6.1
  • Bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan kuasa pengecasan 25W
  • Dual Sim Hybrid
  • Harga: RM1,999

Anda boleh membuat pembelian Samsung Galaxy A35 5G dan A55 5G di laman web rasminya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atria Shopping Gallery Meriahkan Raya Anda Dengan ‘The Luminous Raya’

Sarawak Kembali Ke Edisi Ke-54 Matta Fair, Perkenal Kempen Gateway To Borneo