Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Dilihat Seperti Queen Control, Sharifah Shahirah Dedah Dirinya Dominan Tapi…

PeIakon dan penyampai radio, Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah, 46, mendedahkan dirinya lebih dominan di dalam rumah tangga berbading suaminya, Ijoy.

Meskipun begitu, kata Shiera meskipun dia dilihat seperti ‘queen control’ namun dia tidak pernah menghalang suaminya untuk bebas melakukan hobinya.

”Kalau suami saya lemah dan soft spoken serta lambat buat keputusan, salahkah saya queen control?

”Memang sekarang ini orang tengok kesian suami saya kerana dapat isteri queen control tapi sebenarnya saya bukan isteri yang mengongkong dia.

”Kadang-kadang dia di rumah pun tak angkat pinggan lepas makan, saya tak tegur itu memang sikap dia seorang lelaki. Malah saya benarkan dia keluar untuk bermain golf atau sebagainya.

”Mungkin orang nampak saya dominan kerana saya sahaja keluar bekerja dan beli barang rumah tapi ini kan perkahwinan…

”Tak perlu berkira dan berharap asalkan kita gembira,” katanya.

Sheira mendedahkan perkara tersebut di episod ke enam Borak KeIamin yang bakal ditayangkan pada 9 malam ini.

Menerusi program tersebut Shiera yang dijemput bersama suaminya Ijoy berkongsi sama ada siapakah antara mereka yang lebih dominan dalam perkahwinan.

Shiera mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy dan dikurniakan empat cahaya mata, Airell, Airra, Audrra dan Adeena.

Episod pada malam ini turut disertai pensyarah pakar motivasi wanita Dr. Norwati Mansor untuk mengupas sejauh mana sifat dominan dalam perkahwinan seorang isteri atau suami boleh menjamin kebahagian rumah tangga.

”Queen control ini ada tiga peringkat dan bahaya atau tidak ia dalam institusi perkahwinan ini ia perlu dilihat dalam peringkat ini supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan,” jelasnya.

Salahkan isteri queen control atau dominan dalam perkahwinan? Jangan lupa saksikan Borak KeIami.n yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak KeIamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Sekilas info Sharifah Shahira

Pada tahun 1993, ketika baru bermula sebagai artis Shiera telah mengahwini Jatt,vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berama Alisya. Jodoh tidak panjang, pasangan ini berpisah pada tahun 1999.

Kemudian ketika membintangi siri komedi Mat Despatch pada era lewat 90an, Shiera mula berkenalan dengan aktor remaja Ijoy Azahari.

Kedua-duanya akhirnya mengaku bercinta pada tahun 2002 dan akhirnya Shiera menamatkan zaman jnda pada tahun 2003 bersama Ijoy. Ijoy merupakan anak teruna kepada aktres popular 80an, Maria Arshad.

Sharifah Shahirah kini sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Beliau menyatakan niat bertudung itu timbul apabila menyedari wbak COVlD-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.

Pada mulanya beliau bernazar, jika wabak ini ada penawar beliau akan bertudung dan bersopan. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

*Sumber: Gempak

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version