in ,

Didie Alias Lancar LEFEST 

Pada jam 3 petang ini, Budiey hadir di Sidang Media Karnival LEFEST yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang.

Acara diserikan dengan kehadiran selebriti. Antaranya, Alyah, Lisdawaty, dan ramai lagi.

Untuk info, LEFEST adalah sebuah karnival mampu milik No.1 di Malaysia yang mampu memahami hati dan keperluan usahawan masa kini dan bertujuan memyediakan platform perniagaan yang lebih efektif dari segi jualan dan pemasaran.

Eloklah ada LEFEST ni di zaman ekonomi gawat sekarang ini menjadi inisiatif terbaik untuk semua usahawan terlibat untuk bersama menyertai Lefestour kerana kekuatan cara pemasaran Lefest menarik para pelanggan untuk datang ke Karnival. Harga barang yang dijual juga mampu milik.

Karnival itu akan diadakan di Stadium  Negeri, Kuala Terengganu pada 24 hingga 26 Mac ini.

Sebanyak 200 gerai termasuk milik selebriti yang menjual barangan mampu milik disediakan pada acara itu nanti termasuk pakaian, akaesori, makanan dan sebagainya.

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan artis dan ada hadiah cabutan bertuah untuk vendor dan media yang hadir.

“Kami menganjurkan Lefest ini keranan ingin membantu meringankan masalah dihadapi oleh usahawan dan kita menyewa booth hanya RM1,100 untuk tiga hari.”Ini adalah sebagai platform untuk mereka menjalankan perniagaan menerusi karnival dalam menjana pendapatan,” katanya.

Jelasnya lagi, karnival itu juga mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti yang banyak membantu mempromosikan karnival dan produk usahawan itu sendiri.

Antara selebriti yang akan terlibat adalah Datin Alyah, Hafiz Hamidun, Lana Nodin, Lan Kristal, Lisdawati, Amar Asyraf, Encik Mimpi, Enot, Kiah Propa dan Jay Skoll of Lawak.

Selain Terengganu, karnival itu juga bakal diadakan di beberapa buah negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Sekurang-kurangnya, dengan adanya LEFEST ni dapat membendung permasalahan yang dihadapi oleh para usahawan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Zulin Aziz Lancar Single TERBIAR

Ketahui Rahsia Haiwan Laut Dalam Dokumentari NATURE REVENGE