in , , ,

Sinopsis Drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ Lakonan Amir Ahnaf & Anna Jobling

Astro tampil mempersembahkan ‘Syurga Itu Bukan Mudah’, drama bersiri terbaharu yang bakal menghiasi slot MegaDrama Astro Ria, mulai 4 Disember 2023. 

Mengangkat dua bintang terhangat tempatan yang bakal menjadi pasangan ‘ikon’ dunia drama tahun ini, gandingan ini muncul di dalam sebuah penceritaan dengan naratif percintaan yang menjadi tragedi di alam perkahwinan.

Drama baharu ini menyuntik liku-liku kehidupan berpasangan yang dibintangi oleh Amir Ahnaf dan Anna Jobling, selaku pelakon utama dan merupakan naskhah drama yang dinanti-nantikan pada bulan Disember ini.

Sinopsis Drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ Lakonan Amir Ahnaf & Anna Jobling

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan  disebalik perwatakan yang baik. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’. 

Sinopsis Drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ Lakonan Amir Ahnaf & Anna Jobling

Drama rantaian ini mengetengahkan realiti perkahwinan yang musnah akibat hubungan toksik daripada pasangan suami dan isteri dengan melibatkan jalan cerita yang menggambarkan kehidupan dua dunia berbeza di bawah satu bumbung yang sama. 

Kisah ini juga diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi jarang diketengahkan. Namun sesuatu yang berbeza dan informatif diselit melalui drama ini yakni isu pengkhianatan, penderaan mental dan emosi pasangan perkahwinan malah sikap suami yang berlandaskan nafsu serta bersifat hipokrit turut diterjemahkan menerusi drama ini. 

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Syurga Itu Bukan Mudah’ mempunyai naratif yang lain daripada cerita cinta biasa. Drama kali ini bergenre dark love yang mengisahkan realiti perkahwinan penuh dusta dan derita yang terhasil daripada keinginan yang berbeza di dalam hubungan percintaan. Walaupun mempunyai plot yang berat, namun drama ini juga terselit pengajaran dan ikhtibar yang kuat. Watak Aileen memainkan peranan yang besar dalam mengajar setiap wanita untuk tabah dan tidak putus asa daripada kesilapan yang dilakukan. Manakala watak Farid memberi gambaran bahawa satu keburukan boleh memusnahkan hubungan kekeluargaan. Inilah yang ingin kami paparkan menerusi karya terbaharu slot MegaDrama yang pastinya mempunyai daya tarikan dan peminatnya tersendiri. 

Kami juga amat bangga dengan gandingan utama drama ini yakni Amir Ahnaf dan Anna Jobling yang berjaya membawa watak Farid dan Aileen mengikut gambaran yang kami inginkan. Keserasian mereka menghidupkan watak masing-masing walaupun ini merupakan pertama kali mereka bekerja bersama. Kami berharap keterujaan kami untuk drama ini sampai hingga ke para penonton dan peminat yang menanti-nantikan tayangannya. Diharap juga apa yang ingin kami sampaikan tersemat di dalam hati setiap penonton drama ini”, tambah Norzeha.  

Sinopsis Drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ Lakonan Amir Ahnaf & Anna Jobling

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling bersama sebagai teraju utama iaitu Farid dan Aileen, di mana kedua-duanya dikenali daripada program realiti pencarian bakat Astro, Hero dan Dewi Remaja. 

Turut menjadi tunjang utama drama ini ialah Fadhli Masoot yang memegang watak sebagai Arman, orang kanan kepada Farid yang sering menjaga rahsianya serta Alya Iman sebagai Fara, isteri kepada Arman yang bersikap manja tetapi kerap membuli dan mengongkong suaminya. 

Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd ini juga turut dijayakan oleh barisan pelakon lain seperti Amir Nafis, Steve Yap, Bulan Terry, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ bakal menemui para penonton Astro mulai 4 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajari Bahasa Isyarat Untuk Hargai OKU Menerusi Telefilem Takkan Terlerai

Sambutan Magis Suria KLCC Dengan Tema Gingerbread Christmas Village