in , ,

Didi & Friends Menang Anugerah Program Prasekolah Terbaik Asian Television Awards Ke-24 di Manila

Siri popular kanak-kanak, ‘Didi & Friends’ diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Program Prasekolah Terbaik’ di Asian Television Awards ke 24 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 10 Januari lalu.

Program muzikal berbentuk ‘edutainment’ ini mengalahkan pencalonan lain dari negara China (‘Fashion Kids’ dan ‘Flying Fairground’), Jepun (‘Shimajirō no Wow!’) dan program terbitan produksi yang sama (Digital Durian), ‘Omar & Hana’ yang merupakan sebuah siri animasi Islamik popular.

Ata Award 4

Naib Presiden GenNext & Perniagaan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, 

Astro sentiasa komited dalam menyajikan pelbagai kandungan menarik yang bersifat santai, berinformasi dan kreatif untuk penonton generasi muda khususnya.

Justeru, menerusi kemenangan ‘Didi & Friends’, sebuah siri terbitan Digital Durian dengan kerjasama Astro ini, ia secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu penerbit kandungan utama di Asia.

Kami berharap, dengan kemenangan ini, ia akan memberi inspirasi kepada pemain industri di luar sana untuk sama-sama berusaha menyediakan hasil kerja terbaik yang bukan sahaja berpotensi untuk merekodkan tanda aras baharu bagi segmen kandungan prasekolah, malahan membantu membentuk satu ekosistem selamat untuk tontonan kanak-kanak.

Ia juga membuktikan bahawa hiburan seumpama ini seimbang dari aspek pembelajaran dan keseronokan,”

Putri Yasmin Megat Zaharuddin

Asian Television Awards merupakan majlis penyampaian anugerah yang mengiktiraf program-program dan produksi bagi industri televisyen. Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah ini dan senarai pemenang, layari https://www.asiantvawards.com/

Didi &Amp; Friends Poster

About Didi & Friends

A phenomenon among children, parents, and teachers alike, ‘Didi & Friends’ is the brainchild of Digital Durian and co-production with Astro and has over 3.1 million subscribers and 2.2 billion views on its YouTube channel, gaining loyal fans with its catchy songs and adorable animated characters. In 2019, it organized its first-of-its-kind interactive concert ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’which ran for four consecutive days and was attended by over 9,000 fans.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagio Damasutra | 15

Baggio Damasutra Pertaruhkan Single Terbaharu Berjudul LADUNI CINTA

Jae Deen | 16

Perjalanan Hijrah Artis Jae Deen