in , ,

Dicop Gold Digger Malaysia, Alya Iman Mohon Maaf Kerana Masih Muda & Naif

Kisah kontroversi pelakon Alya Iman yang didakwa menjadi perosak rumah tangga semakin meruncing apabila seorang individu yang mengaku sebagai ahli keluarga tampil mendedahkan situasi sebenar.

Membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan yang telah dilakukan kerana telah menyakiti ramai pihak, pelakon baharu, Alya Iman kini mula menjadi tumpuan netizen apabila Penny Salman tampil mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di laman Instagram.

Menurut Alya, setiap teguran dan nasihat yang dilemparkan kepadanya akan menjadikan dirinya lebih matang dalam mengharungi liku kehidupan.

“SAYA masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.”

– alya iman

Itu kata pelakon baharu, Alya Iman, 19, yang juga anak kepada pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha selepas tercetusnya kontroversi membabitkan dirinya dengan lelaki berstatus suami orang.

Kisah Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menjadi perhatian warganet apabila isteri lelaki berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Penny Salman mendedahkan hubungan yang terjalin antara pelakon itu dengan suaminya selepas setahun bercinta.

"Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung," - Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman

Ekoran itu ruangan komen di Instagram Alya ‘diserang’ pengguna laman sosial.

Alya berkata, segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan mematangkan lagi dirinya.

“Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” katanya di Instagram Stories.

– ALYA IMAN

Dalam pada itu, dilihat tampil memanjatkan serta mahu berusaha untuk menjadikan kehidupannya diberkati oleh Allah.

Terdahulu, Alya mengejutkan ramai pihak khususnya warganet apabila dirinya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya bertindak mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Namun, dirinya mengesahkan beliau telah memutuskan perhubungan itu pada Mac apabila kehadirannya tidak diketahui dan dipersetujui isteri lelaki berkenaan.

Dalam kenyataan sama juga, Alya berkata dia sudah memulangkan semua hadiah yang diberikan kepadanya.

Bagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya itu adalah tidak benar. Lantas menjadikan isu ini bertambah serius dan mendapat kecaman hebat daripada para netizen di laman sosial.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

17 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ziana Zain, Ameng, Siti Nordiana & Ippo Hafiz Dalam Muzikal Aidiladha

Fai Ramli Cuba Nasib Muncul dengan Lagu CINTAMU KEKUATANKU