in ,

Guna Filter di Instagram Untuk Kelihatan Cantik, Ini Jawapan Pelakon Alya Iman

Pelakon baru Alya Iman berpendapat menyunting gambar untuk dikongsi di Instagram adalah bukan satu perkara janggal.

Menurut Alya, perkara itu sudah menjadi kebiasaan untuk rata-rata pengguna laman sosial tersebut.

“Bercakap mengenai sunting gambar di Instagram, come on guys, Instagram is fake! Itulah yang sejujurnya.

“Sudah tentu kita mahu kelihatan baik dengan posisi yang sesuai, saya rasa hampir semua orang akan sunting gambar, gunakan ‘filter’ terlebih dahulu sebelum dikongsi, itu sudah jadi perkara biasa,”

– Alya Iman
alya imann

Tambah Alya, posisi badan dalam gambar lebih senang digayakan untuk kelihatan seperti yang dimahukan berbanding video.

“Lagipun, kalau kita ambil gambar, agak senang untuk kita cari ‘angle’ kerana ia tidak bergerak seperti video.

“Kalau video pula, agak susah untuk kita cuba cari ‘angle’ kurus seperti dalam sekeping gambar,

– Alya Iman

Terdahulu, terdapat segelintir netizen mengatakan Alya menyunting fotonya di Instagram sehingga ada yang mengatakan dia sebenarnya kelihatan sedikit berbeza dari imej yang dipaparkan di laman sosial berkenaan.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LIFE* Malaysia’s Telco-Media With Non-Stop Entertainment

Jangan Lupa Simpan Resit Percutian Untuk Pelepasan Cukai Sebanyak RM1000