in ,

Diana Danielle & Shahz Jaszle di Final InnerShine® Berry Beautiful Eyes Search

Diana Danielle

Dua Puluh Tiga Jelitawan Menyinar dengan InnerShine®

Sinaran jelas terpancar hari ini dari keserian mata yang dipantulkan oleh 23 jelitawan berkeyakinan diri, yang berhimpun untuk peringkat akhir InnerShine® “Berry Beautiful Eyes Search”; yang kini berada pada tahun keduanya dalam mencari wanita yang memiliki sepasang mata yang cantik dan sihat.

Sepuluh peserta terakhir dari 23 finalis yang berada dalam senarai terpilih itu dikehendaki memikat para juri dengan pancaran mata mereka yang sihat bersinar di samping menguji bakat lakonan masing-masing bagi memenangi Hadiah Utama berupa peluang berlakon di samping aktor tampan, Shahz Jaszle – pelakon lelaki utama program televisyen tajaan InnerShine® “Dari Mata ke Hati” yang telah ditayangkan di TV3 pada penghujung tahun lalu.

Selepas sesi pemilihan yang menghiburkan bersama para juri dari Cerebos dan wakil syarikat penerbitan serta organisasi media, Norbaizura Bt. Saharudin dari Perak telah dimahkotakan sebagai pemenang Hadiah Utama manakala Norseha Bt. Ismail dari Kedah dan Nur Fazrah Bt. Bahari dari Pahang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Norbaizura turut membawa pulang sepasang set anting-anting dan berlian yang bergemerlapan dari Diamond & Platinum bernilai RM10,000 manakala Norseha dan Nur Fazrah masing-masing membawa pulang rantai berlian bernilai RM800 setiap seorang.

Pencarian ini dibawakan oleh InnerShine® Pati Beri, pati buah-buahan semula jadi diperbuat daripada campuran 7 beri premium dari Eropah yang memberi khasiat kepada mata, mengekalkannya agar lembap dan segar sepanjang hari yang melindunginya dari sinaran UV matahari dan kesan persekitaran.

“Mata selalu dikaitkan sebagai jendela hati dan merupakan salah satu ciri paling memikat pada seseorang wanita tetapi ia terdedah kepada tekanan, pencemaran bawaan udara dan bahan cemar dari persekitaran setiap hari. Sebab itulah kami mengesyorkan pengambilan InnerShine® Pati Beri secara kerap untuk mata sihat berseri, agar ia kekal lembap dan segar sepanjang hari,” kata Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd, Encik Koh Joo Siang.


Para finalis yang datang dari seluruh Malaysia ini turut dipersembahkan dengan demonstrasi solekan oleh GoodSkin Labs, yang berkongsi tip tentang penggayaan mata seseorang itu di acara siang dan malam; selain penampilan istimewa oleh Diana Danielle.

“Memberikan peluang kepada pemenang tahun ini ke dalam industri hiburan adalah satu peluang yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman ini adalah ganjaran yang kami rancang dengan begitu teliti buat para pelanggan kami,” jelas Koh.

Rakan kongsi InnerShine Berry Beautiful Eyes Search 2009 adalah Diamond & Platinum dan GoodSkin Labs yang menaja tiga hadiah utama manakala pihak kedua tersebut turut menyediakan demonstrasi solekan di acara akhir.

Tentang BRAND’S® InnerShine Pati Beri:

• InnerShine® Pati Beri mengandungi campuran proprietari 7 beri premium dari Eropah yang diperbuat daripada strawberi, elderberi, acai beri, beri biru, kranberi, blackcurrant dan chokeberry terbaik, yang kaya dengan kandungan antosianin dan terbukti mengandungi unsur anti-oksida yang baik untuk mata. Ia juga diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Zink yang menyuburkan mata di samping melindunginya dari radikal bebas dan kesan persekitaran yang menyakitkan.

• InnerShine® Pati Beri dijual pada harga runcit RM23.90 dan boleh didapati dalam pek enam botol bersaiz 42ml di semua farmasi utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.

• InnerShine® Pati Beri adalah sebahagian dari rangkaian pati buah-buahan InnerShine® . Menggunakan hanya pati buah-buahan berkualiti premium, InnerShine® adalah produk semula jadi, disahkan Halal, yang memberikan khasiat dari dalam serta tidak mengandungi sebarang bahan awet dan pewarna, menjadikannya suplemen penjagaan kesihatan jangka panjang yang ideal.

• Rangkaian pati buah-buahan InnerShine® juga ideal buat vegetarian yang mahukan suplemen semula jadi yang berkhasiat bagi mengekalkan kesihatan mata, kulit dan tubuh mereka.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. erm,congrate to my sis nor baizura saharudin..na sentiasa sokong akak dari belakang..U R MY LOVED SIS!!

  2. bila google pasal innershine then i saw this blog cerita pasal pertandingan berry beautiful eyes search 2010.. the 2nd place is norseha.. thats me! hehe penuh kenangan..tq admin

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Ratu Rock Ella Pakai Pendakap Gigi

Drama Cintaku Di Mukah Lakonan Zack X-Factor, Rizal AF, dan Wan Nor Azlin