in ,

Dian Sastrowardoyo Bicara Tentang Ada Apa Dengan Cinta

Watak bernama Cinta sangat melekat pada pelakon cantik Indonesia, Dian Sastrowardoyo, 34. Meskipun sudah bertahun-tahun lamanya, ternyata peminat bukan saja di Indonesia malah Malaysia sehingga kini masih menyamakan karakter Dian dengan watak filem pecah panggung Ada Apa Dengan Cinta (AADC) itu.

Tuan empunya badan sendiri mengakui bahwa watak yang dilakonkannya itu sebenarnya adalah dirinya kerana secara tidak langsung, kata Dian, dia memasukkan beberapa karakter dirinya ke dalam diri Cinta.

ADA APA DENGAN CINTA 2

“Kalau skripnya sebenarnya biasa saja ya, tapi kalau penekanan kata-katanya dan gaya lebih banyak daripada diri saya sendiri.

“Misalnya gaya melantunkan dialog ini “Salah gue, salah teman-teman gue”.

“Sebenarnya saya memang suka bertutur dengan gaya dan nada seperti itu bersama kawan-kawan saya ketika di zaman remaja. Lama-kelamaan saya sedar, jangan-jangan itu sebenarnya saya, Dian, bukan Cinta,”

– Dian Sastrowardoyo

Dian juga berkata, karakter Cinta mungkin akan berbeza jika dilakonkan oleh orang lain.

“Kalau Cinta bukan dilakonkan oleh Dian mungkin Cintanya tidak akan bertutur gaya sebegitu. Jadi mungkin ada banyak hal dari karakter Cinta yang sebenarnya itu Dian,”

– Dian Sastrowardoyo
Dian Sastrowardoyo

AADC pernah ditayangkan pada Februari 2002 malah gandingan Dian bersama pelakon kacak Nicholas Saputra yang melakonkan watak sebagai Rangga, cukup popular dan menjadi fenomena di Seberang dan Malaysia.

Sekualnya Ada Apa Dengan Cinta 2 sudah selesai menjalani penggambaran dan bakal berada di pawagam termasuk di pawagam tanah air mulai April depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Melancong di Lokasi Yang Eksotik

Adam Lambert Lancar Single Terbaru WELCOME TO THE SHOW