in , ,

DFP Rai Ulangtahun Ke-25 Dengan Siri Konsert Artis & Band Tempatan

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya meraikan ulangtahun ke-25 pada tahun ini dengan mempersembahkan siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis-artis tempatan solo dan berkumpulan.

Dewan berprestij yang dikenali mempunyai tahap akustika yang tinggi di Kuala Lumpur ini bakal bergegar dengan penampilan artis solo/kumpulan pelbagai genre muzik sejajar dengan matlamat DFP untuk menarik pelbagai golongan untuk menikmati muzik di dewan ini.

Siri konsert ini juga merupakan langkah berterusan DFP untuk menghargai artis-artis tempatan dengan menyediakan platform untuk mempamerkan bakat seni mereka.

Siri konsert ini bakal dimulai dengan penampilan penghibur lincah Stacy yang akan membuat persembahan pada hari Sabtu, 23 Februari 2023. Beliau akan membawa peminat bersama-sama menyusuri perjalanan seni beliau selama 15 tahun melalui lagu-lagu dance music dan balada yang dipetik dari album-album beliau.

KUGIRAN MASDO_MEDIA

Legenda rock Dato’ Ramli Sarip akan mempersonakan hadirin melalui konsert bertemakan ‘Syair Timur’ pada hari Sabtu, 13 Mei 2023. Ini merupakan penampilan keempat Dato’ Ramli di pentas DFP selepas mengadakan konsert solo pada tahun 2010 dan menjadi artis undangan untuk konsert Dato Khadijah Ibrahim (2008) dan Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (2017).

Selepas itu, tibalah giliran kumpulan Exists mempersembahkan konsert pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 menampilkan lagu-lagu malar segar dari karier seni yang menjangkau 30 tahun. Exists telah melahirkan 13 album dan memenangi banyak anugerah di upacara muzik berprestij. Pastikan peminat tegar kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan malam bersejarah ini di DFP.

MUH-1176087_MEDIA

Kumpulan indie terkenal, Masdo bakal mengambil alih pentas DFP pada hari Sabtu, 22 Julai 2023. Bakal menyerlah dengan muzik pop bernuansakan tahun 60an, kumpulan ini bakal menyampaikan lagu-lagu dari album hit mereka.

Orkestra Filharmonik Malaysia akan mempersembahkan sebuah konsert jazz istimewa di bawah siri konsert DFP ini pada hari Sabtu, 9 September 2023. Bertemakan MPO Jazz Band & Friends, konsert ini bakal menyaksikan MPO mempelbagaikan genre muzik persembahannya dan turut disertai oleh artis-artis undangan tanahair. 

Artis muda berbakat besar Khai Bahar bakal mengalunkan suara merdu beliau pada hari Sabtu, 11 November 2023. Dari penampilan awal di platform YouTube dan Smule hinggalah ke penampilan terbaru di DFP ini, konsert ini bakal menjadi pencapaian terbesar beliau dalam arena senisuara. Khai telah merakamkan 30 buah lagu dan menggondol pelbagai anugerah tempatan berprestij. 

STACY image00001_MEDIA

Siri konsert ini bakal melabuhkan tirai melalui konsert Meet Uncle Hussain pada hari Sabtu, 2 Disember 2023. Konsert yang merupakan agenda wajib untuk peminat muzik indie tanahair  ini bakal menyerlahkan bakat salah satu kumpulan rock berevolusi yang unggul di Malaysia.

Tiket-tiket berharga antara RM169 hingga ke RM369 boleh didapati di Box Office DFP atau layari www.dfp.com.my.

Semua konsert dijadualkan bermula jam 8.30 malam. DFP boleh memuatkan 920 penonton pada satu masa.

RAMLI SARIP - DRS III_MEDIA

Maklumat Konsert 

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan 

(tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web DFP: www.dfp.com.my

Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas

YouTube: MPOTV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dolla Teruja, Berbesar Hati Kongsi Pentas Dengan Artis K-Pop di SEEN Festival

Restoran Paku & Pontianak Buka Cawangan Kedua di Jalan Gurney, Kuala Lumpur