in

Dermalogica Lancar Multivitamin Power Serum Baharu

[dropcap]P[/dropcap]roduk MultiVitamin Power Serum daripada Dermalogica memberi dua manfaat untuk menangani masalah kulit matang, iaitu Retinoid, Vitamin A derivatif yang lebih kuat lagi selamat untuk kulit, dan proses formulasi baharu yang meningkatkan keberkesanan serum tersebut.

dermalogica

Penambahan kepada rangkaian Dermalogica AGE Smart®, MultiVitamin Power Serum baharu mengandungi bahan yang mujarab iaitu HydroxypinacoloneRetinoate (HPR), yang boleh menyekat tanda-tanda awal penuaan, termasuklah kulit rosak akibat sinaran matahari.

[pullquote align=”right”]Dermalogica Melancarkan Multivitamin Power Serum Baharu Yang Menyepadukan Retinoid (Vitamin A) Bahan Anti-Penuaan Terkini Dengan Teknologi Maju Yang Terbaharu[/pullquote]

Serum berkesan ini ideal digunakan pada siang hari sebagai pelengkap kepada AGE Smart® Overnight Repair Serum.

Dr Diana Howard, Naib Presiden, Bahagian Kajian & Pembangunan, Dermalogica dan The International Dermal Institute menyatakan kepada media sewaktu pelancaran produk terbaharu ini, yang pelancaran ini membuka lembaran baharu dalam teknologi kesihatan kulit dengan MultiVitamin Power Serum ini.

“Dermalogica sentiasa menjadi peneraju dalam industri penjagaan kulit profesional antarabangsa, dan menumpukan kepada formulasi inovasi yang memberikan hasil. MultiVitamin Power Serum baharu kami sangat berkesan dalam menghalang penuaan kulit, dan memaksimumkan manfaat bahan yang berkesan yang tiada tandingannya,” kata Dr. Howard dalam ucapannya.

Dr Howard menerangkan bahawa manfaat bahan HPR ini dipertingkatkan dengan teknik penyediaan liposomal generasi baharu, iaitu proses makmal termaju yang meningkatkan keberkesanan formulasi tersebut.

“Teknologi pengkapsulan baharu ini mengubah MultiVitamin Power Serum dengan ketara berbanding era liposome lepas sebagai penyediaan inovatif bahan yang membolehkan dos vitamin menyerap jauh ke dalam kulit di mana ia amat diperlukan,” kata Dr. Howard.

Dr Howard menambah bahawa HPR yang terkandung di dalam serum ini tidak seperti lelaran retinol (Vitamin A) dahulu atau hasil sampingannya, kerana HPR tidak akan menyebabkan kemerahan atau kerengsaan kepada kulit. Malah, ia menyerupai proses penggantian sel di samping merencatkan enzim yang akan merosakkan kolagen dan elastin, maka mengekalkan kulit muda.

Selain daripada HPR, bahan utama lain di dalam formulasi kaya antioksidan ini adalah Vitamin A, C, E, dan F yang menggalakkan penggantian sel, mengurangkan pigmentasi-hiper dan memastikan permukaan kulit nampak lebih licin.

“Kita sentiasa terdedah kepada sinaran matahari dalam cuaca tropika ini, maka wanita di Malaysia sering terdedah kepada sinaran UV yang merbahaya yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit mereka. Oleh itu, MultiVitamin Power Serum dengan formulasi efektif dan terbaharu ini adalah produk yang mesti dimiliki oleh wanita yang mahu mengekalkan kulit sihat berseri tanpa perlu bersembunyi dari matahari,” kata Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif EIG Bhd yang mengedar dan memasarkan produk-produk Dermalogica® di Malaysia, Asia Tenggara dan Hong Kong.

“Kami di EIG sungguh teruja dengan kehadiran Dr Diana Howard. Tanpa kepakaran dan komitmennya, Dermalogica tidak akan berada dalam kedudukan teratas dalam industri penjagaan kulit profesional seperti sekarang ini, serta dipercayai oleh ahli terapi kulit dan para pengguna di lebih 80 buah negara di seluruh dunia,” tambah Chieng.

Berilah kulit matang anda dos yang menyihatkan serta berkesan yang diperlukannya. MultiVitamin Power Serum ini boleh didapati di semua pusat penjagaan kulit AsterSpring dan Dermalogica yang sah di seluruh negara. Setiap Dermalogica MultiVitamin Power Serum, 22ml boleh didapati pada harga RM338 (Malaysia Barat) dan RM348 (Malaysia Timur).

Berkenaan Dermalogica®:

Dermalogica® percaya kepada konsep bahawa penjagaan kulit bukan sekadar kecantikan, memanjakan diri dan kemewahan, tetapi kesihatan kulit. Jenama ini diasaskan oleh Jane Wurwand pada tahun 1986, dengan tujuan menampung kekurangan produk yang memberikan hasil dalam pasaran Amerika Syarikat.

Dikaji dan diperkembangkan oleh The International Dermal Institute, Dermalogica® mengejutkan pasaran apabila tidak menggunakan warna tiruan, wangian sintetik, S.D. alkohol, lanolin atau minyak mineral – yang semuanya sering digunakan oleh banyak jenama kosmetik dan penjagaan kulit untuk mengurangkan kos, walaupun bahan-bahan tersebut diketahui menimbulkan masalah kulit. Pendirian dan visi jenama ini melahirkan sekumpulan pengikut yang besar di kalangan ahli-ahli terapi kulit professional dan pengguna.

Hari ini, Dermalogica® berkembang menjadi jenama #1 dalam rangkaian terapi professional di seluruh dunia. Rawatan-rawatan dan produk-produk jenama ini boleh didapati di lebih 40,000 outlet. Ia digunakan oleh lebih 75,000 ahli-ahli terapi kulit professional di seluruh dunia.

Dermalogica® produk kini dijual di lebih 80 buah negara di pusat-pusat rawatan kulit terpilih atas cadangan ahli terapi kulit profesional yang berkelayakan. Dermalogica® dibuat di Amerika Syarikat dengan operasi globalnya yang berpangkalan di Carson, yang terletak di selatan Los Angeles. Untuk maklumat lanjut berkenaan Dermalogica®, layari www.dermalogica.com.my

Mengenai Esthetics International Group (EIG):

Esthetics International Group (EIG) Berhad ialah sebuah syarikat ulung dengan lebih 29 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta industri kesejahteraan dan kecantikan.

EIG ialah pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, dan Brunei, serta pembekal produk Dermalogica® ke Vietnam dan Kemboja. EIG juga terlibat dalam pengurusan dan operasi rangkaian lebih daripada 73 buah pusat rawatan penjagaan kulit profesional AsterSpring dan Dermalogica® Consultation Pods dan membekal kepada lebih 1,000 pengedar sah Dermalogica® di rantau ini.

Dr. Diana Howard
Naib Presiden Bahagian Penyelidikan & Pembangunan dan Pendidikan Global
Dermalogica® dan The International Dermal Institute

Sebagai pakar inovasi bahan utama untuk industri penjagaan kulit, penyelidik, pendidik, penulis dan pensyarah, Diana Howard, Ph.D., merupakan orang yang membawa kejayaan kepada Dermalogica® sebagai jenama produk penjagaan kulit pilihan profesional penjagaan kulit di seluruh dunia.

Dr. Howard berceramah di pelbagai tempat, memberi penerangan kepada rakan sejawatnya dari semua bahagian komuniti saintifik, ahli-ahli terapi kulit profesional dan pelajar, bercakap bagi pihak jenama Dermalogica dan The International Dermal Institute (IDI), asal produk Dermalogica® dikaji dan dibangunkan.

Dr. Howard memperoleh ijazah Ph.D. nya dalam bidang Bio-kimia Tumbuhan dari University of California, Los Angeles. Dalam kerja semasanya dengan Dermalogica® dan IDI, Dr. Howard telah mengambil kaedah gabungan dalam mereka formulasi, membangunkan sebatian hibrid yang sofistikated dan dipadankan dengan aset semula jadi yang mujarab dengan bahan yang direka dalam makmal. Sumber botani tradisional seperti herba, bunga-bungaan, akar dan biji dipadankan dengan bahan sintesis seperti peptida dan asid. Kaedah ini membolehkan penciptaan produk yang menyokong kesihatan kulit di samping memberi kesan segera yang dimahukan pelanggan masa kini dengan berkesan. Kebanyakan bahan yang ada di dalam formulasi, seperti ekstrak Rooibus atau teh merah dari Afrika Selatan, Alder Jepun dan kacang Kukui dari Hawaii, mencerminkan pengembaraan Dr. Howard ke serata dunia sejak berdekad lalu.

Dr. Howard menyertai Dermalogica® dan The International Dermal Institute pada tahun 1994 dan mempunyai pengalaman selama 32 tahun dalam industri kosmetik. Buat masa ini, Dr. Howard adalah Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan serta memantau Pendidikan Global untuk Dermalogica dan IDI, yang dianggap sebagai penyedia pendidikan penjagaan kulit pasca-ijazah yang ulung. Dr. Howard tinggal di Los Angeles dan sering dijemput sebagai ahli panel, pakar penjagaan kulit dan tetamu untuk ditemu ramah oleh media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Raja Ilya di Majlis Santai Bersama Rafflesia

Video Klip Yuka Karisma Kita Harus Percaya