Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Dengarkan Playlist Pilihan Anda Dimainkan di Radio Suria FM

Kini anda berpeluang mendengarkan ‘playlist’ pilihan anda dimainkan di radio!

Menerusi kempen Playlist Pilihan Di Suria bermula pada 11 Januari ini, pendengar boleh berkongsi ‘playlist’ pilihan mereka yang mengandung pelbagai genre berbahasa Melayu, Inggeris, Korea dan Hindi dan campuran lagu hit 90-an hingga terkini untuk dimainkan di radio Suria FM. 

Pendengar hanya perlu berkongsi senarai lagu pilihan mereka di akaun media sosial peribadi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok menggunakan template ‘Playlist Pilihan Di Suria’ yang boleh didapati daripada media sosial dan laman web Suria Malaysia berserta slogan “Saya memilih playlist ini kerana ………………”. 

Playlist dan slogan terpilih akan dimainkan di radio Suria FM bermula 18 Januari, jam 8 pagi sehingga 22 Januari, jam 10.00 malam. 

Playlist Pilihan Di Suria ini akan dimulakan dengan Playlist Pilihan Selebriti dimana seramai 20 orang selebriti popular akan memberikan ‘playlist’ pilihan mereka sendiri untuk dimainkan di radio. Untuk Playlist Pilihan Selebriti yang pertama, dengarkan ‘playlist’ pilihan Dato Seri Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahiran beliau pada 11 Januari ini, jam 8.00 pagi menerusi segmen Team Pagi Suria. 

Dengarkan pula ‘playlist’ pilihan daripada selebriti seperti Azzam Sham, Naim Daniel dan Misha Omar di segmen berikutnya Gaya Suria (10.00 pagi), Suria Petang (6.00 petang) dan Suria Cinta (10.00 malam). Antara selebriti lain yang akan berkongsi ‘playlist’ pilihan mereka adalah Nabila Razali, Syamel, Erni Zakrie, Wany Hasrita, Aina Abdul, Iman Troye, Ara Johari, Andi Bernadee, Sufian Suhaimi dan ramai lagi. 

Dengarkan Suria menerusi frekuensi di kawasan anda atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia untuk mengetahui ‘playlist’ selebriti manakah yang menepati citarasa ‘playlist’ anda. Jika anda rasa ‘playlist’ anda lebih baik daripada ‘playlist’ 20 selebriti popular ini, kongsikan ‘playlist’ pilihan anda sekarang dan dengarkan ‘playlist’ anda dimainkan di radio bermula 18 Januari ini. 

Dapatkan cara-cara serta terma dan syarat penyertaan di media sosial Suria Malaysia dan laman web Suria.my. 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version