in ,

Faye Kusairi Akhirnya Sembuh Selepas Empat Minggu Derita Bell’s Palsy

Pelakon Faye Kusairi bersyukur akhirnya derita Bell’s Palsy yang dialaminya sejak empat minggu lalu kini sudah sembuh sepenuhnya.

Menurut Faye, selain makan ubat yang disarankan oleh doktor, dia mendedahkan menjalani rawatan totok wajah secara konsisten.

My Bell’s Palsy Recovery!

“Alhamdulillah a good total of 4 weeks suffered from Bell’s Palsy and now dah sihat sepenuhnya! Apa yang saya praktik adalah ubat dan vitaman B12, fisio dan rawatan totok wajah secara consistent.

“Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain apa yang disarankan doktor,”

Faye Kusairi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Faye turut berkongsi rakaman video meluahkan rasa gembirannya itu.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dengan semangat Faye untuk cepat sembuh.

Faye mula derita Bell’s Palsy ketika dia sedang sarat hamil sehingga selamat melahirkan anak kedua.

Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aliff Azmi dan Asha Azmi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dengarkan Playlist Pilihan Anda Dimainkan di Radio Suria FM

Kesalahan Ugut & Rosak Harta Masjid, Bapa Bob Lokman Didenda RM4,000