in , ,

Pengalaman Seram Fazura di Set Lokasi Filem DENDAM PONTIANAK

Benarkah yang dilihat itu betul-betul menyerupai Fazura atau mainan minda mereka yang melihat? Nah! Baca kisah benar di set lokasi filem DENDAM PONTIANAK.

Memegang watak utama sebagai pontianak menerusi filem Dendam Pontianak, pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 36, berkongsikan pengalaman mistik dan menakutkan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak apabila terserempak seorang wanita berpakaian menyerupainya dalam filem itu, dua tahun lalu.

Menurut Fazura, dia dan beberapa orang krew produksi ternampak kelibat wanita berambut panjang ketika mereka berada di set lakonan pada jam 3 pagi. 

“Saya ingat lagi kejadian itu di mana kami sedang berehat sebentar daripada penggambaran dan pada ketika itu jam 3 pagi, saya dan krew di situ nampak kelibat seorang wanita berpakaian menyerupai saya yang pada ketika itu pakai kebaya putih. 

“Cuma yang lainnya rambutnya mengurai ke hadapan dan tak nampak muka. Kami semua buat tak tahu sahaja.

Mungkinlah dia saja datang ‘melawat’ tengok saya berlakon jadi dirinya,”

– Fazura

Fazura berseloroh ketika ditemui KopiPlanet.com pada majlis sidang media Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur hari ini. 

Menurut Fazura, dia bersyukur tidak mengalami sebarang insiden menakutkan selepas berhadapan situasi sebegitu malah suaminya, Fattah Amin turut berpesan agar dirinya sentiasa mengamalkan bacaan ayat Kursi sebagai pelindung diri. 

Filem DENDAM PONTIANAK

“Alhamdulillah ketika pulang ke rumah saya mula-mula risau juga jika ia ‘mengikut’ saya, malah suami turut berpesan supaya saya membaca ayat Kursi.”

“Mujurlah ketika balik rumah tak ada perkara aneh.”

“Alhamdulilah semuanya okay sahaja dan perasaan seram itu tidak terbawa-bawa ke rumah,”

– Fazura

Dendam Pontianak merupakan arahan Glen Goei dan Gavin Yap yang menjalani penggambaran dua tahun lalu. Filem terbitan Tiger Tiger Pictures itu turut dibintangi Remy Ishak, Shenty Feliziana, Hisyam Hamid, Namron dan Nadia Aqilah. 

Ia diedarkan Primeworks Studios dan bakal memulakan tayangan pada 12 September ini.

Filem DENDAM PONTIANAK
Filem DENDAM PONTIANAK
Filem DENDAM PONTIANAK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

airasia

AirAsia Pamer Perjalanan Udara Masa Depan Kepada Perdana Menteri Malaysia

Dilema Anak Dalam Telemovie KELIRU IBU