in ,

Deen Asimi Muncul Dengan Single Kedua LUKA

Selepas kejayaan single pertama DIALAH WANITA berjaya mendapat tempat di hati pendengar dan menjadi OST drama PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH yang disiarkan ASTRO kini Deen Asimi tampil dengan single kedua bertajuk LUKA.

Deen Asimi Muncul Dengan Single Kedua LUKA

Deen Asimi

[dropcap]B[/dropcap]agaimanapun untuk tampil dengan single kedua itu, pemilik nama Mohammad Izzudin Yusof mengambil masa hampir tiga tahun. Sepanjang tempoh itu Deen Asimi memanfaatkan masanya dengan memperbaiki mutu nyanyian sebagai persediaan untuk melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanahair.

“Selepas Dialah Wanita, saya ambil masa untuk mencari bahan yang sesuai bagi single kedua.

“Saya juga belajar vokal dan muzik bagi meningkat mutu persembahan, ” kata penyanyi berusia 23 tahun itu.
Mengulas mengenai single keduanya Luka, pemuda berasal dari Kertih Terengganu ini berkata, terus memberi kepercayaan kepada Poji Samad.

“Menerusi lagu Dialah Wanita, saya merasakan ada keserasian dengan Poji. Jadi saya terus memilih untuk terus bekerjasama dengannya.

“Lagu Luka ini berentak balada sudah mula disiarkan di beberapa rangkaian radio. Video klip pun sudah disiarkan di Youtube sejak Ogos lalu dan mendapat sambutan yang baik,” katanya.





[pullquote align=“left”]Di samping menyanyi Deen juga kini bergelar usahawan dengan memiliki sebuah cafe berkonsepkan hipster yang diusahakan bersama adik beradiknya di Melaka.[/pullquote]

Jika tiada undangan nyanyian, Deen akan memberi tumpuan kepada kafenya Snapnsnack yang menyediakan sajian barat. Di kafe ini Deen menyediakan pentas mini dan dilengkapi alat muzik.

Sekiranya tidak ada jemputan Deen akan meluangkan masanya menyanyi di kafenya. Katanya, itu adalah satu cara buatnya membuat persediaan dan latihan nyanyian.

“Alhamdulillah rezeki untuk saya sentiasa ada sama ada untuk majlis makan malam dan jemputan daripada pelbagai pihak.”

Buat Masa ini Deen agak sibuk dlm usaha utk mempromosikan single ke-2 ini, dan amat berharap peminat-peminatnya terus memberikan sokongan buatnya.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Sam Kassim [email protected]

Deen Asimi

Deen Asimi

Deen Asimi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Global Superstar Bruno Mars Returns To The MTV EMA Stage

Frekuensi Kool FM Kini Di Kota Bharu & Alor Setar