Penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan Tengku Hamid, 41, memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak. Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia. Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai lalu, melalui Tetuan Karpal Singh & Co. Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.
InMan dijemput untuk membuat pembentangan mengenai acara yang akan diadakan pada pertunjukan itu sempena sambutan kemerdekaan 50 tahun dan Tahun Melawat Malaysia. Cadangan dan pembentangan InMAn bagaimanapun, diterima dan satu perjanjian yang mempunyai terma ditandatangani kedua-dua pihak. Selain itu, plaintif juga mendakwa acara yang dicadangkan turut dimasukkan ke dalam kalendar ‘Visit Malaysia 2007/Celebrating 50 years Nationhood’ yang dijadualkan pada 4, 11, 18, 25, 30 Ogos ini. defendan pertama turut menyetujui bajet lebih RM5 juta dan meminta perincian lanjut serta pecahan sebut harga bagi acara berkenaan. Plaintif sudah memberikan perincian lanjut seperti yang diminta pada 30 Mei tahun lalu. Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka memohon pengisytiharan bahawa konsep pertunjukan dan persembahan bunga api bermuzik itu adalah harta milikan InMan Production, menuntut kerugian sebanyak RM3.9 juta, faedah ke atasnya, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Budiey: Saman jangan tak saman… kos untuk bunga api saje dah cecah rm50 juta… wow banyak tu!
[tags]Dayangku Intan Tengku Hamid, lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Menteri Pelancongan, Kerajaan Malaysia, kontrak perjanjian, Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd, fail saman, Global 2000 Sdn Bhd, Visit Malaysia 2007/Celebrating 50 years Nationhood, siti nurhaliza, gen2 cars, kereta nasional, latest proton cars, youtube, jadual artis, gossip artis, benda tv3 kahwin, keputusan ffm 20, foto kahwin, gambar artis kahwin, karpal singh, karam singh walia, tv3, gambar Proton Sedan Gen2, proton sedan, andy terkeluar mystarz lg, andy tersingkir, jaclyn juara ikon malaysia, ikon malaysia juara, letto, lasindah cafe, gambar fiza falak, the simpson trailer, britney mengandung, hamil, youtube, oag menang ikon malaysia, guru liwat pelajar, guru pukul murid, masalah sosial, tips tangani, yasmin hani era fm, percuma lagu, e book harry porter, proton[/tags]