in

Hos Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Fenda Kahwin

Fenda dah kahwin? Aik bila masa dia bertunang? Ooo, sebenarnya Fenda bertunang pada 17 Jun 2006, tahun lepas lagi. Fenda atau nama sebenarnya Nuraffenda Mohd Ibrahim telah berkahwin pada 28 Julai (semalam). Fenda yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) telah berkahwin dengan seorang peguam, Azizan Ariff Ariffin, berusia 39 tahun. Berkahwin dalam usia 25 tahun, pemegang ijazah dari Universiti Monash Malaysia dengan seorang lelaki berusia 39 tahun agak jauh beza macam juga dengan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid? Mungkin sudah jodoh, tidak salah gadis berkahwin dengan orang yang lebih matang usianya. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney 1  pada 11 Ogos 2007. Pada persandingan itu dia akan menggayakan pakaian daripada Butik Syahira, Bukit Beruntung.

Kata Fenda:
“Saya malu apabila orang bertanya apa yang saya suka mengenai bakal suami. Terus-terang, selain cinta dan sayang, saya terpikat dengan Azizan kerana sikapyang yang sungguh berttanggungjawab. Di Kuala Lumpur ini, saya tinggal bersama adik, Fendi. Ahli keluarga lain semuanya menetap di Johor Bahru. Sejak berkenalan dengan Azizan dia begitu mengambil berat mengenai saya,”

[tags]fenda berkahwin, gambar kahwin fenda, persandingan fenda azizan, bertunang, malaysia hari ini, tv3, mymetro, kosmo, Nuraffenda Mohd Ibrahim, Universiti Monash Malaysia, datuk siti nurhaliza, datuk khalid, warna malaysiaku, gegar U, universiti malaya, petua pengantin baru, tempah baju pengantin, butik shahira, bukit beruntung, dewan marak kayangan, felda, ogos, merdeka, pantun kahwin[/tags]

gambar fenda
Yang pakai baju warna merah tu bukan suami Fenda… kawan dia je tu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayangku Intan Saman Kerajaan RM3.9j

Biodata & Profile Noryn Aziz