in

Dayang Nurfaizah Cari Protege Pandai Main Gitar atau Piano

Tunjuk Ajarku Sifu… pastinya lagu tema ini akan bergema sepanjang tahun… kali ini Mentor diterajui juga oleh penyanyi R&B… siapa lagi kalau bukan Dayang Nurfaizah!

Masa sidang media Mentor musim ke-4 pada petang tadi, Budiey perhatikan kelibat Dayang Nurfaizah adalah mentor yang pertama sampai di Penthouse, Sri Pentas TV3. Bagus lah macam tu, orang kata, sebelum kita mengajar dan mencurah ilmu kepada protege, adalah sangat penting bagi mentor untuk menepati masa dan jaga disiplin diri. Tahniah untuk Dayang Nurfaizah.

Lama betul tak jumpa Dayang Nurfaizah, masa dia sampai aje, Budiey terus suruh Dayang posing untuk bergambar…

4327374491 8E7E418Bdd O | 4

Dalam press release yang diberikan, Budiey perhatikan juga kriteria yang dimahukan oleh Dayang Nurfaizah adalah yang paling banyak berbanding dengan mentor yang lain iaitu:

  1. Versatil
  2. Menyanyi pelbagai genre muzik
  3. Disiplin tinggi
  4. Serius dalam bidang nyanyian
  5. Sentiasa ingin memajukan diri
  6. Pandai bermain gitar atau piano

Kepada pembaca yang nak jadi protege Dayang Nurfaizah, bolehlah pergi ke audition Mentor pada 21 Mac 2010 di TV3 Sri Pentas. Kiranya hari terakhir sekali untuk ujibakat.

Seperti mentor lain, Dayang Nurfaizah juga hadir dengan tema pakaian warna merah dan hitam.

4327373117 6519E51F1A O | 5

Terbaru, selain tampil dengan lagu terbaru – KU TEMU CAHAYA, Dayang Nurfaizah muncul dengan single duet bersama Marcell berjudul SAYANG. Dan serentak dengan itu, penyanyi dari Sarawak dan Marcell ini akan mengadakan Showcase Dayang Nurfaizah & Marcell -SAYANG pada 7 Mac 2010 di Hard Rock Cafe jam 11 malam.

Di samping aktif dengan pertunjukan pentas, Dayang Nurfaizah ada buat show amal makam malam meraikan wanita Malaysia sempena dengan Hari Wanita Sedunia 2010.

Kutipan dana menerusi makan malam gala ini akan disalurkan kepada Yayasan Aids Malaysia di mana ia akan digunakan bagi membiayai rawatan, penjagaan dan program sokongan.

4328118702 64Bfcacff0 O | 6

Budiey nak ucap good luck buat Dayang Nurfaizah dalam program Mentor. Semoga sukses mendapat seorang protege yang betul-betul berbakat.

Program Mentor akan ditayangkan di TV3 mulai 11 April 2010, setiap Ahad jam 9 malam hingga 10.30 malam dengan menampilkan Ally Iskandar sebagai pengacara.

Layari: www.tv3.com.my/mentor4

4327440529 Afbb98E655 O | 7

4327438707 82317D0F8D O | 8

4328153214 4E472Cd754 O | 9

4328121066 3F275Cbb0A O | 10

 4327435019 55F6Dab8F7 O | 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ziana Zain di Sidang Media Mentor Musim Ke-4

Gambar Terkini Vanidah Imran di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri