in , ,

David Foster Bakal Timang Cahaya Mata Ke-6 Pada Usia 70 Tahun

David Foster bakal menimang cahaya mata di kala usianya kini sudah mencecah 70 tahun. Tahniah. Isterinya, penyanyi Katharine McPhee, 36, disahkan hamil cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Mogul muzik David Foster, 70, dan isterinya penyanyi Katherine McPhee, 36, bakal menimang cahaya mata selepas McPhee kini disahkan hamil. Ia adalah cahaya mata sulung buat Kahterina manakala yang keenam buat Foster. Foster sudah memiliki lima anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu iaitu Amy, Erin, Allison, Sara, dan Jordan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu selepas berkenalan sejak 2006. Foster menjadi mentor kepada isterinya yang ketika itu bertanding dalam program American Idol musim kelima.

David Foster Bakal Timang Cahaya Mata Ke-6 Pada Usia 70 Tahun

Terdahulu, Foster pernah berkahwin dengan Yolanda Hadid yang juga ibu kepada peragawati tersohor, Bella dan Gigi Hadid. Selepas berpisah, dia kemudian berkahwin dengan McPhee.

Menurut anaknya Erin, kehadiran McPhee dalam keluarga mereka benar-benar membawa aura positif dan sangat merestui hubungan pasangan itu.

“Menariknya, jurang usia mereka memainkan peranan yang sangat positif. Ayah kami datang daripada generasi di mana wanita begitu pasif membuatkan perasaannya juga menjadi pasif.

“Kat berjaya meyakinkannya untuk membuka hati. Dia juga sentiasa mendorongnya untuk lebih beremosi dan jangan terlalu keras hati,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu selepas lebih 10 tahun berkenalan. Katherine merupakan naib juara program realiti nyanyian American Idol musim kelima.

David sebelum ini juga pernah berkahwin dengan ibu kepada supermodel Gigi dan Bella Hadid, Yolanda Hadid.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anda Ada Masalah Hubungan Toksik? Ini Nasihat dari Zarina Anjoulie

Yung Raja Lancar Single THE DANCE SONG