in

David Cook Winner American Idol

Kredit artikel: Mstar Online

Peserta berusia 25 tahun, David Cook akhirnya berjaya dinobatkan sebagai juara American Idol bagi musim ketujuh pada peringkat akhir program realiti popular itu yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles, California, pagi tadi.

Cook berjaya menewaskan seorang lagi finalis, David Archuleta,17, yang mana dikhabarkan undian  diterima di antara kedua-dua ‘David’ itu menyaksikan perbezaan besar iaitu kira-kira 12 juta undian.

Pada acara tersebut, Cook menyanyikan tiga buah lagu iaitu I Still Haven’t Found What I’m Looking For, Dream Big dan The World I Know manakala Archuleta juga menyampaikan tiga buah lagu iaitu Don’t Let The Sun Go Down On Me, In This Moment dan Imagine.

Acara tersebut telah dihoskan oleh Ryan Seacrest manakala Randy Jackson, Simon Cowell dan Paula Abdul merupakan juri tetap untuk program American Idol.

[tags]american idol winner, david cook, songs, youtube finale, paris hilton scandal sex video, paris hilton upskirt,  cambridge students, central bank, credit card business, government of singapore investment corporation, harvard university, ho ching minh[/tags]

2513208971 F0Ab9513A5 O | 4
David Cook (tengah) berjaya menewaskan David Archuleta (kiri) setelah diumumkan sebagai juara American Idol musim ketujuh oleh hosnya, Ryan Seacrest (Foto AP)

2514034458 C458892Ca7 | 5
Cook, Archuleta bersama finalis American Idol musim ketujuh (AP)

2514034518 47083B4A21 O | 6
Cook tidak dapat menahan sebak sebaik diumumkan sebagai juara (Foto AP)

2514034666 A0Ac8D7Dbe O | 7
Paula dan Randy (kanan) menyanyi bersama salah seorang peserta American Idol, Renaldo Lapuz menerusi lagu We’re Brothers Forever (Foto REUTERS)

2514034754 627721E241 O | 8
Juara American Idol musim keempat, Carrie Underwood turut membuat persembahan pada acara kemuncak tersebut (Foto REUTERS) 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar & Photo Girlfriend Danny

AYYAD – Drama Bersiri Terbaru TV3 Lakonan Rozita Che Wan