in , ,

Datuk Yusof Haslam Beri Tugasan Mencabar Kepada ‘Members’ Master In The House Malaysia!

Episod minggu lalu, penonton telah menyaksikan perkongsian Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai Master dan gelagat lucu lima members iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam melaksanakan tugasan yang diberi.

Episod ke-4 minggu ini semakin mencabar! Master kali ini merupakan seorang pengarah, penerbit dan pelakon yang berjaya, disegani, berpengaruh dan berkarisma iaitu Datuk Yusof Haslam. Beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dan berdisiplin. Dalam episod ini, beliau tidak kedekut berkongsi tips bagaimana untuk menjadi artis yang berjaya kepada members

Memandangkan Datuk Yusof Haslam adalah seorang pakar dalam bidang produksi yang membabitkan aksi-aksi lasak bercorak kepolisian, apakah cabaran yang perlu ditempuhi oleh members kita pada kali ini? 

Datuk Yusof Haslam Beri Tugasan Mencabar Kepada ‘Members’ Master In The House Malaysia!

Adakah mereka perlu berlakon seperti dalam filem atau drama arahan beliau? Lebih mendebarkan apabila Datuk Yusof Haslam turut menjemput juri istimewa dan sudah semestinya menjadi kejutan kepada members semua. Siapakah juri istimewa itu? 

Nantikan kejutan demi kejutan yang akan ditampilkan nanti. Kita tunggu dan lihat gelagat lucu kelima-lima members dalam menyelesaikan tugasan paling mencabar minggu ini.

Berjayakah mereka menyelesaikan tugasan mereka dengan jayanya? Semuanya akan terjawab dalam Master In The House Malaysia malam esok, 5 Februari, pukul 10.00 malam hanya di TV3.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Warren Hue

Warren Hue Releases New Single ‘RUNAWAY W ME’

Tiga Anak Muda Viral di Sosial Media Taruhkan Single ‘OY’